Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Sunday, May 30, 2010

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah pertengahan tahun bermula 6hb. Jun hingga 19hb. Jun 2010
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

LAPORAN PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN


Ibu/bapa dan penjaga dijemput hadir Tadika Nurul Iman As Siddiq



Tarikh : 2hb. Jun 2010 (Rabu)

Masa : 12.15 - 2.00 tengahari

Tempat : Kelas anak tuan/puan

Tujuan : Membincangkan permasalahan dan hal-hal berkaitan pembelajaran anak-anak


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Thursday, May 13, 2010

MAKLUMAN

1) CUTI PERISTIWA - 16hb. Mei 2010 (Ahad)
~ Sempena Hari Sukaneka Dwi Tahunan 2010

2) SAMBUTAN HARI GURU
~ Sambutan hari guru peringkat Tadika Nurul Iman As Siddiq diadakan pada 17hb. Mei 2010 (Isnin)

3) MINGGU PENILAIAN
~ Minggu penilaian bermula pada 9hb. Mei hingga 27 Mei 2010
~ Mohon kerjasama ibu bapa memastikan kehadiran anak-anak ke tadika
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Friday, May 7, 2010

SUKANEKA DWI TAHUNAN TNIAS 2010
Tarikh : 15bh. Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 12 tengahari
Tempat : Padang Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul 1430H



Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Thursday, January 7, 2010

Pra Sekolah - Empat Jam Waktu Pembelajaran Mulai 2010

Kementerian Pelajaran berharap waktu pembelajaran di pra sekolah selama empat jam sehari mulai sesi persekolahan tahun ini dapat menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata tambahan waktu pembelajaran itu berbanding dua hingga tiga jam sebelum ini dapat memastikan kanak-kanak mendapat pembelajaran yang secukupnya selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan kerajaan.

"Dianggarkan kemasukan kanak-kanak berumur lima dan enam tahun di peringkat pra sekolah adalah sebanyak 67 peratus ketika ini. Saya yakin, usaha kerajaan untuk meningkatkan penyertaan pra sekolah kepada 87 peratus dalam tempoh tiga tahun dapat dicapai menerusi penambahan waktu ini," katanya.

Wee yang juga anggota parlimen Ayer Hitam berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2, di sini, Isnin.

Terdahulu, beliau dan isteri, Datin Jessica Lim turut menghantar anak lelaki mereka, Julian Wee Yu Hao, 7, yang memasuki tahun satu di sekolah itu.

Wee berkata jadual pembelajaran selama empat jam itu sudah diamalkan di kebanyakan negara maju.

Katanya, satu garis panduan juga sudah dikeluarkan bagi menjamin pendidikan yang berkualiti termasuk akan menempatkan guru berkelulusan ijazah di setiap pra sekolah.

Dalam pada itu, Wee turut memberi amaran kepada pengusaha pra sekolah swasta supaya tidak menaikkan yuran persekolahan ekoran penambahan waktu itu serta tidak mengambil kesempatan ekoran kenaikan harga barangan seperti gula.

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim