Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Sunday, November 27, 2011

PENGESAHAN PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN YURAN SESSI 2012

Pihak Tadika Nurul Iman As-Siddiq (TNIAS) akan mengadakan hari Pengesahan Pendaftaran dan Pembayaran Yuran bagi sessi persekolahan 2012 sebagaimana berikut :

Tarikh : 5hb & 6hb Disember 2011 (Isnin &Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Bangunan Tahap 2

Semoga ibu bapa dapat memberi kerjasama untuk datang pada tarikh & waktu yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang masalah & kemusykilan bolehlah menghubungi kami.
KERJASAMA ADALAH AMAT DIHARAPKAN BAGI MELANCARKAN URUSAN  PEMBAHAGIAN KELAS & TUGASAN GURU.

* Kepada ibu bapa yang berminat tetapi belum mengisi borang, pendaftaran juga boleh dilakukan pada hari tersebut bergantung kepada kekosongan yang ada.

Terima kasih.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim