Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Wednesday, December 28, 2011

Hari Suaikenal TNIAS - 1 & 2hb. Jan 2012

Assalamualaikum

Entri saya pada kali ini adalah berkenaan dengan hari Suaikenal TNIAS yang akan diadakan pada tarikh tersebut di atas. Seperti tahun-tahun sebelum ini, tadika kami akan menjalankan hari Suaikenal ini 2 hari lebih awal dari tarikh persekolahan sebenar. Bagi sessi 2012, sessi persekolahan sebenar  bermula pada 3hb. Januari 2012.

Tujuan diadakan hari Suaikenal adalah :

1. memberi peluang kepada anak-anak untuk mengenali tadika, guru-guru dan kawan-kawan sekelasnya

2. tempoh selama 1jam setengah selama 2 hari dirasakan adalah sesuai bagi anak-anak terutamanya  yang berumur 4 & 5 tahun untuk mengenali dan membiasakan diri dengan persekitaran tadika & kawan-kawan. Jika terlalu lama, mereka akan merasa ditinggalkan oleh ibu bapa.

3. Yang paling penting, pihak kami ingin memberi peluang kepada ibu bapa menguruskan kemasukan abang @ kakak di sekolah rendah terutamanya yang akan memasuki darjah 1.

4. Transit care tidak dibuka pada hari tersebut di atas adalah kerana  hari tersebut bukan hari persekolahan sebenar dan juga kerana tujuan no. 2 di atas.

Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap pihak tuan/puan ibu bapa & penjaga mengambil perhatian atas perkara ini. Jika pihak tuan/puan ibu bapa & penjaga  mempunyai masalah atau kesulitan untuk menghantar anak2 pada tarikh tersebut di atas, pihak kami memahaminya.

Sekian. Terima kasih.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Tuesday, December 27, 2011

Persekolahan Sessi 2012

Kepada ibu bapa & penjaga,

1. Uniform tadika telah sedia ada. Sila dapatkan di pejabat tadika - 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

2. Pada 1hb. & 2hb. Januari 2012 - Hari Suaikenal diadakan. Waktu persekolahan pada hari tersebut adalah 8.30 pg - 10.00 pagi. Pakaian : Uniform  sekolah

3. 3hb. Januari 2012 - Hari persekolahan sessi 2012 bermula. Transit care & transit bestari berjalan seperti biasa.

Harap maklum.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Majlis Ihtifal 2011 - Persembahan Nasyid dari SMASZAL

Persembahan dari pelajar tingkatan 4 & 5 Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin Ladang.


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Monday, December 19, 2011

Maklumat Terkini Kemasukan Pelajar Sessi 2012

Assalamualaikum.
Pihak Tadika Nurul Iman As-Siddiq ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan tuan/puan yang diberi kepada Tadika kami untuk mendidik anak tuan/puan bagi sessi 2012. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.

Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan juga pakej yang masih ada kekosongan dan yang telah penuh.
  • Pakej Tadika sahaja (8.30pg-12.00tgh) - MASIH ADA KEKOSONGAN - TEMPAT TERHAD
  • Pakej Tadika + Iqra' (8.30pg -1.15ptg) - PENUH
  • Pakej Tadika + Iqra' + Transit Care @ Tadika + Transit Care (8.30pg -5.30ptg) - PENUH

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Saturday, December 10, 2011

Transit Care & Transit Bestari Cuti Sekolah 2011

Assalamualaikum
Transit Care dan Transit Bestari  akan ditutup mulai 18hb. Disember sehingga 2hb. Januari 2012. Transit care dan transit bestari akan dibuka semula pada 3hb. Januari 2012.
Harap maklum.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Tuesday, December 6, 2011

JAWATAN KOSONG

Jawatan : Pembantu Guru Tadika

Kelayakan :
  • Kelulusan SPM atau STPM
  • Bujang
  • Boleh mengaji
  • Mahir dalam bahasa Arab atau Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan
  • Minat dengan kanak-kanak
Sila hantar resume anda ke Tadika Nurul Iman As-Siddiq, 75-I, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu ATAU di nurul.iman1991@yahoo.com
Calon yang disenaraipendek akan dipanggil temuduga.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Monday, December 5, 2011

Al-Ma'surat dan kelebihannya

Al-Ma'surat merupakan himpunan doa dan zikir amalan Rasulullah saw yang disusun semula oleh al-Iman asy-Syahid Hassan al-Bana, tokoh pendakwah dan pejuang Islam di Mesir yang meninggal dunia pada tahun 1949.


Setiap untaian zikir itu mempunyai kelebihan fadhilat atau kelebihan tertentu apabila diamalkan secara tetap (beristiqamah). Berikut adalah antara kelebihan mengamalkan al-Ma'surat :
  • Dilindungi daripada syaitan
  • Hati tidak mati
  • Mendapat keselamatan
  • Mendapat kesempurnaan nikmat Allah
  • Mendapat redha Allah
  • Terhindar daripada perkara mudharat
  • Terhindar daripada racun atau serangga berbisa
  • Hilang rasa dukacita
  • Dibukakan jalan untuk melunaskan hutang
  • Mendapat syafaat Nabi pada hari Kiamat 
Panduan melatih anak-anak mengamalkan al-Ma'surat
Bagi ibu bapa yang ingin melatih anak-anak mereka mengamalkan al-Ma'surat, disarankan supaya mendedahkan bacaan al-Ma'surat kepada mereka sedikit demi sedikit mengikut kesusaian umur dan biarlah secara berterusan. Kongsilah kelebihan al-Ma'surat kepada anak-anak sedikit demi sedikit.  Apa yang penting penghayatan dalan membaca al-Ma'surat

Ringkasan dari artikel Rahsia di sebalik Al-Ma'surat, temubual dengan Ustaz Drs Pauzi bin Haji Awang, penyusun buku Ke Arah Penghayatan Al'Ma'surat (Intel Multimedia dan Publication, Petaling Jaya, 2005) oleh team Majalah Anis keluaran 164-April 2011
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim