Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Saturday, January 21, 2012

Doa Demam Panas

Assalamualaikum,
Minggu ini kita bercuti panjang. Alhamdulillah, dapatlah kita memanfaatkan cuti ini sama ada balik kampung, bercuti bersama keluarga atau berehat sahaja di rumah. Sejak minggu lepas, anak-anak tadika ramai yang demam. Semoga kalian semua cepat sembuh, kepada yang lain tu, jaga-jaga lah kesihatan diri.

Di sini sukacita saya ingin kongsikan satu doa & amalan untuk demam panas.
  • Pertamanya, dibaca surah Al-Fatihah - 1x
  • Keduanya, dibaca selawat 'Tib' atau selawat penyembuh/Syifa - 1x
 
  • Ketiga, dibaca doa ini :

Caranya : Dihembuskan atas segelas air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini.


Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat, tulisan Al-Ustaz Dato' Ismail Kamus  & Mohd Azrul Azlen Abd. Hamid, ms 278
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Wednesday, January 18, 2012

Surat Hari Ini - 18/1/2012


1. Pemberitahuan cuti sempena Perayaan Tahun baru Cina

Tadika, Kelas Iqra' dan Transit Care akan ditutup pada 22, 23 & 24 hb. Januari 2012 iaitu pada hari Ahad, Isnin & Selasa.

Tadika akan dibuka semula pada 25hb. Januari 2012 (Rabu).

2. Borang Perkhidmatan Pergigian
Mohon ibu bapa mengisi borang seperti yang tersebut di atas. Isi bahagian yang bertanda.
Borang yang lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada pihak tadika.

Terima kasih.

Wasalam.

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Wednesday, January 11, 2012

SURAT KEPADA IBU BAPA - 10/01/2012

Assalamualaikum
Dimaklumkan bahawa semalam 10/01/2012, pihak tadika telah mengedarkan surat untuk ibu bapa.
Berikut adalah ringkasan isi surat :
  1. Senarai hari kelepasan am tahun 2012
  2. Perincian persekolahan mengikut penggal sessi 2012
  3. Peraturan tadika
  4. Menu makanan pagi tadika
  5. Makluman bermulanya kelas Iqra' untuk tahap 2 (6 tahun) pada 15/01/2012
* Menu transit care, jadual kelas dan jadual transit care akan diedarkan kemudian.


Harap maklum.
Wasalam.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim