Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Friday, March 23, 2012

Lawatan dari Klinik Pergigian Air Jernih

Assalamualaikum,
Pada 6,7 & 8hb. Februari 2012, Klinik Pergigian Air Jernih Kuala Terengganu telah mengadakan sesi memeriksa dan merawat gigi anak-anak TNIAS. Setiap tahun, mereka akan datang ke tadika ini dalam 2 atau 3 kali setahun.
buka mulut luas-luas, misi nak tengok gigi cantik tak...


teacher nih...saya tengah kena check gigi, teacher sibuk ambik gambar..


tenang menunggu giliran

best la kerusi ni... tidur best  ni....

maintain gaya... walaupun gigi sedang dirawat.
jangan cabut gigi saya..!!! tak... nurse nak  bilang gigi jer...

Macam-macam gaya yang boleh dilihat. Ada juga yang lari masuk ke kelas bila dapat tahu nak kena check gigi. Namun sebahagian besar ok jer masa check gigi tuh. Alhamdulillah. Syabas anak-anak TNIAS.

TNIAS - Ke arah pembentukan Peribadi Muslim

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Wednesday, March 14, 2012

Mohon kemasukan murid tahun satu 2013 & 2014

AKHBAR SINAR HARIAN :6 FEBRUARI 2012

KUALA TERENGGANU – Permohonan penempatan murid ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal dua tahun sebelum mula bersekolah.
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Hashim Mohd Zin melalui kenyataannya kepada Sinar Harian berkata, penempatan kemasukan murid tahun satu bagi sesi 2013 dan 2014 akan bermula pada 1 Mac hingga 30 April 2012 di sekolah yang dimohon.
Menurutnya, permohonan penempatan tersebut adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007, bagi tahun persekolahan 2013 dan 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008 untuk tahun 2014.
“Semua urusan permohonan penempatan hendaklah dilaksanakan di peringkat sekolah mulai 1 Mac 2012 hingga 30 April 2012 pada hari bekerja dan waktu pejabat di sekolah yang dimohon.
“Ibu bapa atau penjaga perlu membawa sijil kelahiran kanak-kanak (salinan asal dan fotostat) dan juga bukti alamat tempat tinggal dengan membawa bil elektrik atau air atau dokumen lain yang berkenaan semasa pendaftaran,” katanya.


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Sunday, March 11, 2012

Acu check baju kita...!!!!

Assalamualaikum Saya tertarik dengan artikel dalam majalah Solusi Isu no. 41, tulisan saudara Pahrol Mohamad Juoi. Ia berkaitan dengan aurat muslimah.
Adakah pakaian kita menepati kriteria di atas? Jika ya, Alhamdulillah. Jika belum... Ayuh!!! Kita berubah sekarang.

TNIAS - Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Friday, March 9, 2012

Cuti Sekolah

Assalamualaikum
Pihak TNIAS mengucapkan selamat cuti sekolah kepada para pelajar TNIAS.
Cuti sekolah bermula 9/3/2012 - 17/3/2012. Semoga masa cuti sekolah ini digunakan untuk kegiatan yang bermanfaat.
Untuk makluman: Kelas iqra', Transit Care & Transit bestari dibuka seperti biasa sepanjang cuti sekolah ini.

TNIAS - Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim