Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Sunday, May 27, 2012

Lawatan Tahap 2 ke Noor Arfa Craft Complex

Assalamualaikum
Pada 23hb. Mei 2012, anak-anak Tahap 2 TNIAS telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Noor Arfa Craft Complex (NACC) di Chendering. Lawatan ini  membawa anak-anak Tahap 2 seramai 65 orang dan diiringi oleh 9 orang guru. Teacher Rokiah, Penolong Guru Besar TNIAS, mengetuai lawatan ini.


Kami bertolak dari TNIAS pada jam 9.30 pagi dan sampai pada jam 10.00 pagi. Tiba di NACC kami disambut oleh pegawai yang bertugas. Kami diberi penerangan ringkas mengenai NACC.



Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum
 
TNIAS mengucapkan selamat bercuti kepada semua anak-anak TNIAS.
Cuti sekolah pertengahan tahun bermula pada 27hb.  Mei 2012 hingga 7hb. Mei 2012. Diharapkan masa cuti ini diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.


Wasalam.

Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Tuesday, May 22, 2012

Sambutan Hari Guru TNIAS 2012

Assalamualaikum
TNIAS telah mengadakan sambutan hari guru pada 17hb. Mei 2012 (Khamis). Sambutan bermula pada jam 10 pagi selepas selesai solat sunat dan makan pagi. Kami, guru-guru dan anak-anak  menikmati nasi kunyit yang dibawa oleh adik Nurin sempena hari jadinya yang ke-6. Terima adik Nurin. Semoga Allah sentiasa merahmati adik Nurin.
Acara bermula dengan memanaskan badan dan kemudian diikuti dengan senamrobik beramai-ramai.
panaskan badan dahulu
Lagu-lagu yang didendangkan bagi acara senamrobik adalah Chicken Dance, Hamba Mu, Saya seekor gajah, Katak si katak lompat dan ikan kekek.

chicken dance

bersedia untuk lompat katak
Selepas itu acara musical chair untuk teachers di adakan.


Acara berakhir pada jam 11.30 pagi. Selepas itu, teachers dan anak-anak ke kelas masing-masing untuk menikmati juadah yang dibawa oleh anak-anak.
antara juadah yang dibawa adalah kek
Antara pemberian daripada anak-anak
ceria...
bukan sembarangan bunga... gubahan menarik daripada agar-agar kering
Acara bertukar hadiah sesama guru juga diadakan.

Semoga Allah memberi kami kekuatan, kesabaran & kemudahan dalam menjalankan amanah ibu bapa untuk memdidik anak-anak TNIAS. Insya Allah.
Wasalam.
Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU 2012



 




Assalamualaikum
TNIAS mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru terutamanya guru-guru di TNIAS. Semoga kita sama-sama mengekalkan kecemerlangan dalam mendidik anak-anak TNIAS supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berjasa kepada agama dan negara.
Mari hayati sajak Guru Oh Guru hasil nukilan Seniman Negara Dato'  Dr. Usman Awang yang disampaikan oleh adik Nurul Fatihah & Shahrul Shauki pada Majlis Ihtifal TNIAS 2010.





Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Monday, May 14, 2012

Lawatan Tahap 1 ke PSKT

Assalamualaikum
Alhamdulillah pada 13hb. Mei 2012, Ahad, pihak tadika telah berjaya mengadakan satu lawatan bagi anak-anak Tahap 1 (5 tahun) ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT). Lawatan luar ini merupakan salah satu aktiviti tahunan tadika ini. Kami bertolak dari tadika pada jam 9.45 pagi dan sampai pada jam 9.55 pagi.
wajah riang anak-anak
Di PSKT, kami disambut oleh 3 orang pegawai yang bertugas. Setelah penerangan ringkas diberi, kami dibawa ke planetarium untuk menonton simulasi langit, bulan dan bintang melalui  teknik pencahayaan yang dihasilkan oleh projektor universal, kubah atau ‘dome’ yang berbentuk setengah bulatan, berdiameter 10 meter. Ia mampu membuatkan kita seolah-olah menjelajah langit yang dipenuhi dengan bintang, planet, bulan, meteor dan objek-objek yang terdapat dalam sistem cakerawala.

di galeri sains
Kemudian kami dibawa ke Galeri Sains dan Kreativiti. Di sini, anak-anak diberi peluang untuk  bermain dengan permainan yang melibatkan penggunaan aplikasi sains.

dalam galeri sains
Lawatan tahun ini tidak disediakan aktiviti membuat roket straw sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
bergambar di pintu masuk PSKT

Lawatan kami berakhir pada jam 11.30 pagi. Kami selamat tiba di tadika tepat jam 12.00 tengahari.
Pihak TNIAS mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak PSKT menerima kunjungan kami.
Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Wednesday, May 9, 2012

Makluman Lawatan Tahap 1 ke PSKT

Assalamualaikum
Dimaklumkan bahawa pihak tadika akan mengadakan lawatan sambil belajar untuk anak-anak Tahap 1 sebagaimana jadual berikut :

Tarikh : 13hb. Mei 2012 (Ahad)
Masa : 10 pg - 12 tgh
Tempat : Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Jalan Hiliran, Kuala Terengganu
Pakaian : Seragam tadika (anak perempuan dikehendaki memakai tudung putih)

* Ibubapa diminta menghantar dan mengambil anak-anak seperti hari persekolahan biasa (8.30pg - 12.00 tgh)
* Kelas Iqra Tahap 1 dibatalkan. (Tahap 2 berjalan seperti biasa)
* Transit Care dibuka seperti biasa.

Harap maklum. Terima kasih
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu

Peta Lokasi

Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim