Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Tuesday, July 31, 2012

Tarbiyah Ramadhan oleh Ustaz Amin

Assalamualaikum
Rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan
 

Bagi mengisi waktu di bulan Ramadhan, marilah kita sama-sama mendengar dan menghayati Tarbiyah Ramadhan oleh Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin.
Ustaz Amin





Wasalam.

Lawati blog ustaz Amin di sini

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Monday, July 16, 2012

TAWARAN MEGA RAMADHAN

Assalamualaikum

PROGRAM BUAL BICARA IHYA' RAMADHAN
TAWARAN MEGA RAMADHAN
Tarikh : 14hb. Julai 2012
Tempat : Tadika Nurul Iman As-Siddiq
Anjuran : Wanita IKRAM Kuala Terengganu & Tadika Nurul Iman As-Siddiq
Ahli panel : Ustazah Sharifah Hamadiah binti Syed Husin (Pensyarah Fakulti Bahasa Arab di UNISZA) & Ustazah Khayatunisha binti Abdul Wahab (Setiausaha Wanita IKRAM  Kuala Terengganu dan sukarelawan Aqsa Syarif ke Gaza) 
Moderator :  Puan Norhanum binti Mohd Yusof (Ketua Wanita IKRAM Kuala Terengganu)



Ustazah Ramlah
Program bermula dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Puan Ramlah (Guru Al-Quran) Surah Al Baqarah ayat 177-187. Di dalam ayat 183, yang bermaksud
Ustazah Sharifah Hamadiah
Firman Allah SWT :
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu mengerjakan puasa sebagaiman telah diwajibkan kepada orang-orang terdahulu dari kamu, supaya kamu terpelihara (dari kejahatan) "
Surah Al-Baqarah, ayat 183
Ustazah Khayatunisha

Isi-isi penting di dalam program bual bicara ini
  1. untuk mendapat tawaran mega Ramdhan yang Allah swt janjikan ini, kita perlu perkemaskan syahadah kita iaitu keimanan kita kepada Allah. Apabila iman teguh, maka barulah dapat habuan ketakwaan. Bila ada iman dan takwa di dalam diri kita, maka senanglah untuk kita beramal dan beroleh pahala yang berganda di bulan Ramadhan
  2. 17 Ramadhan adalah hari turunnya Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia
  3. 10 hari pertama - rahmat, 10 hari kedua - marghfirah (keampunan) dan 10 hari terakhir - pembebasan dari api neraka
  4. Ramadhan bulan terbaik untuk melatih diri merasai kesusahan orang-orang miskin, yang berada di dalam peperangan, bencana alam dan kebuluran.
  5. Di bulan Ramadhan, ganjaran pahala digandakan kepada 70 kali berbanding dari bulan-bulan lain.
  6. Sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan adalah bulan-bulan yang sangat digalakkan memberi sedekah.
  7. untuk mendidik dan menjadikan anak-anak insan yang baik, beriman dan bertakwa, kita sebagai ibu bapa hendaklah terlebih dahulu perbetulkan dan perkemaskan diri dengan beriman dan bertakwa kepada Allah. Bergaul dan mendekati orang-orang yang baik. 
  8. Puasa adalah ibadat luaran (zahir - tidak makan dan minum) dan ibadat dalaman (batin - menjaga hati mata, mulut dan sebagainya dari melakukan perkara-perkara yang dilarang)
  9. bulan Ramadhan boleh dijadikan titik tolak untuk memakmurkan rumah dengan solat berjemaah, mengaji Al-Quran dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah (baik) serta melatih rohani menjadi kuat
 
Huruf  dari perkataan Ramadhan (Ra, Mim, Dho, Alif & Nun)
Ra - Rahmat
Mim - Maghfirah (Keampunan)
Dho - Jaminan syurga
Alif - Aman dari api neraka
Nun - Nur (Cahaya) Allah

Fakta-fakta menarik berkenaan Gaza (seperti yang diceritakan oleh Ustazah Khayatunisha)
  • penduduk-penduduk di Gaza menjalani kehidupan dengan tenang
  • sejak kecil mereka dilatih dengan semangat jihad
  • mereka mengamalkan Islam sepenuhnya.
  • setiap kali masuk waktu solat, mereka berlumba-lumba pergi ke masjid untuk berjemaah
  • udara di Palestin amat nyaman kesan ketakwaan mereka kepada Allah swt
  • 1 Rumah 1 Hafiz
  • terdapat lebih kurang 50 ribu orang Hafiz di Palestin
  • tentera Palestin sentiasa mengamalkan solat malam
  • zikir tidak lekang dari bibir rakyat Palestin
  • mereka lambang keimanan dan ketakwaan kerana mereka mengamalkan apa yang ada di dalam Al-Quran
  •  website Aqsa Syarif
Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna daripada tahun-tahun lepas. Insya Allah.

Wasalam.

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim