Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum
Menjelang hari raya yang bakal tiba 4 hari lagi, InsyaAllah, pihak TNIAS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya mewakili semua teacher TNIAS memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang mendidik anak2 tuan/puan.
 
Sempena menyambut hari raya ini, anak-anak TNIAS mengadakan aktiviti membakar dan menghias kek,  membuat biskut raya (anak-anak Tahap 2 dan tahap 1) dan menyediakan popia nestum bagi anak-anak tahap pra.
membuat popia nestum

kek coklat

biskut seri kastard
Makluman : Tadika, kelas Iqra', Transit Care dan Transit Bestari akan ditutup mulai 17/8/2012 - 25/8/2012. Tadika, Kelas Iqra', Transit Care dan Transit Bestari akan dibuka semula pada 26/8/2012 (Ahad)

Selamat bercuti dan semoga bergembira di hari yang mulia ini. Jaga diri dan sesiapa yang memandu balik kampung, pandulah dengan hati-hati. Jangan lupa baca doa naik kenderaan dan juga ayat penggerak. Saya ada terbaca dalam sebuah buku (saya dah lupa judul buku tersebut....), sebelum kita memulakan perjalanan, baca ayat penggerak sebanyak 7x. Jika bacaan kita lancar, boleh lah memulakan perjalanan tetapi sekiranya bacaan kita terganggu, maka seeloknya tunggu sebentar kemudian memulakan bacaan sehingga lancar. Insya Allah kita terlindung daripada  bahaya.

credit : seribestari.blogspot
credit : www.darussyifa.org
Wasalam.

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim