Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Wednesday, January 23, 2013

Nabi Muhammad saw menewaskan ahli gusti zamannya

Assalamualaikum

Sempena sambutan Maulidur Rasul, saya hidangkan satu kisah tentang nabi Muhammad saw yang mungkin tidak ramai yang mengetahuinya.
Cerita ini dipetik dari buku 101 Kisah & Pengajaran daripada Al-Quran, Hadis dan Hayatus Sahabah oleh Ustaz Zahazan Mohamed, keluaran Telaga Biru Sdn Bhd.

Daripada Abu Daud dan al-Tirmizi, daripada Ja'far bin Muhammad bin Rukanah daripada bapanya menyatakan bahawa Rukanah pernah mencabar Nabi saw untuk beradu kekuatan. Lalu apabila mereka berlawan, Nabi saw telah mengalahkannya.
Nabi saw menundukkannya 3 kali. Dalam riwayat oleh Abu Bakr al-Syafi'i dengan sanad yang baik daripada Ibn Abbas r.a, bahawa Yazid bin Rukanah, seorang pendekar yang terkenal dengan kekuatannya, telah mencabar Nabi saw untuk bergusti. Beliau mengenakan bayaran 100 ekor kambing kepada sesiapa yang kalah, Lalu Nabi saw telah menundukkannya sebanyak 3 kali dalam 3 pusingan.
Akhirnya dia berkata "Wahai Muhammad! Tiada siapa pun pernah dapat membaringkan aku (jatuh terlentang) dalam pertarungan selainmu! Sebelum ini engkaulah paling aku benci tetapi sekarang aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah swt dan Nabi Muhammad saw itu Rasul Nya." Nabi saw kemudiannya telah mengembalikan semula kambing-kambing yang diserahkan sebagai pertaruhannya itu.
(Riwayat Abu Daud, 4077; al-Tirmizi, 1844; al-Hakim,3/452)

Pengajaran :
1. Nabi Muhammad saw merupakan seorang manusia yang gagah perkasa.
2. Islam mengharuskan pertandingan menguji kekuatan terutamanya jika untuk tujuan berdakwah.
3. Pertandingan yang diharamkan dalam Islam apabila ianya berkaitan dengan menguji nasib yang boleh mengakibatkan pergaduhan sesama manusia.
4. Umat Islam dituntut agar makan daripada sumber-sumber halal dan bersih serta dapat menjadikannya sihat bertenaga.

Sekian. Wasalam.

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Sunday, January 13, 2013

Kelas Iqra' Tahap 2 (6 tahun)

Assalamualaikum
Untuk makluman ibu bapa.
Kelas Iqra' bagi anak-anak Tahap 2 (6 tahun) akan bermula pada 15hb. Januari 2013 (Selasa), waktu 12.00 tgh - 1.15 petang.
Harap maklum.
Wasalam.


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Saturday, January 5, 2013

Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum
Belum terlambat rasanya untuk pihak TNIAS mengucapkan Selamat Menempuh Alam Persekolahan & Selamat Kembali ke Sekolah kepada semua pelajar TNIAS dan juga kepada bekas pelajar TNIAS yang melangkah keTahun 1 sekolah rendah.

Untuk sessi persekolahan tahun 2013, seperti biasa TNIAS dibuka awal 2 hari iaitu pada 30hb. Disember 2013. Alhamdulillah walaupun hujan berterusan sepanjang minggu lepas tetapi semangat anak-anak TNIAS tidak luntur. Ucapan syabas juga diberikan kepada anak-anak baru TNIAS terutama yang berusia 4 tahun kerana ramai yang tidak menangis.

anak-anak 4 tahun riang bermain lego di hari pertama
teacher Nurul melayan anak-anak di kelasnya
anak-anak 5 tahun kelas 1 Tirmizi

anak-anak 6 tahun

memperkenalkan diri masing-masing kepada kawan-kawan

kusyuk mendengar sessi meperkenalkan diri oleh kawan sekelas
aktiviti hari kedua - anak-anak tahap 2 (6 tahun) mengulangkaji huruf vokal
anak-anak dibawa melawat seluruh bangunan tadika
"Ini adalah pejabat. Anak-anak tidak boleh bermain di bilik ini." terang Teacher Linda

melawat rakan yang berada di kelas lain.
Sekian. Wasalam.

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim