Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Friday, February 22, 2013

Iktibar dari sebatang pensel - part 2/2

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isipensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan  berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan memberi bekas dalam jiwa mereka. Ulang-ulangkanlah!

Majalah Solusi #35

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Friday, February 15, 2013

Iktibar dari Sebatang Pensel (part 1/2)

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
"Apa ibu tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu, iaitu pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah sepeti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"
"Ya, ibu."
 Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah swt. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.



Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

bersambung.......

Majalah Solusi Isu #35

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Thursday, February 7, 2013

Lawatan dari Klinik Pergigian Air Jernih 2013

Assalamualaikum
Pada 29.01.2013, jururawat-jururawat pergigian dari Klinik Pergigian Air Jernih, Kuala Terengganu telah mengadakan siri lawatan ke Tadika ini bagi tujuan pemeriksaan  dan merawat gigi anak-anak tadika ini. Mereka berada di Tadika ini selama 1 minggu iaitu dari 29.01.2013 sehingga 5.02.2013.


menunggu giliran
ada juga yang 'nervous' ....
gigi saya okay..... awak pulak macamana?
rawatan tampalan gigi

Pada hari terakhir 05.02.2013 (Selasa), cara-cara memberus gigi dengan betul diajar kepada anak-anak.
ikut nurse .... berus gigi pegang tangan kanan






Terima kasih kepada jururawat-jururawat pergigigan dari Klinik Pergigian Air Jernih.

Wasalam.

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim