Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Monday, March 25, 2013

Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 Sekolah Rendah Sessi 2014 & 2015


Tarikh lahir anak : 02.01.2008 - 01.01.2009 bagi kemasukan 2015
Tarikh lahir anak : 02.01.2007 - 01.01.2008 bagi kemasukan 2014



Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Sunday, March 24, 2013

Selamat Bercuti Sekolah



Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Sunday, March 17, 2013

Kurikulum TNIAS dan kaitannya dengan peribadi Muslim

Assalamualaikum
Semalam 16 Mac 2013, TNIAS telah mengadakan program tahunan Program Jalinan Ukhwah Ibu-Guru 2013. Tiga objektif program adalah :
  1. menilai tahap pencapaian anak-anak terhadap perkembangan dan perlaksanaan aktiviti yang dijalnakan di TNIAS; 
  2. memberi pendedahan kepada ibi-ibu untuk mengetahui serta memahami tentang TNIAS dan  kurikulum yang dilaksanakan; 
  3. merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak TNIAS dan ibubapa khususnya ibu-ibu.
ibu-ibu yang hadir

pengasas dan guru-guru TNIAS
Sesuai dengan  moto TNIAS "Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim", peringkat umur bawah tujuh tahun adalah umur  yang paling sesuai untuk ibubapa menyediakan asas pendidikan Islam di dalam diri anak-anak. Ibubapa perlu merancang dan membimbing anak-anak mereka. Ibubapa perlu tanamkan dalam jiwa anak-anak dengan jiwa Islam dengan amalan dan tabiat yang baik yang berlandaskan  Islam. Pada usia ini, kanak-kanak mudah dilentur. Didiklah anak-anak mencintai Allah dan Rasul. Didiklah anak supaya sentiasa berasa diawasi dan memohon sesuatu pertolongan dengan Allah.

Dalam kurikulum TNIAS diajar matapelajaran Sirah, Ibadah, Akhlak dan Tauhid. TNIAS juga ada matapelajaran Hafalan surah-surah pendek supaya anak-anak ini dapat mengamalkannyadi dalam solat. Solat sunat yang diadakan setiap pagi adalah untuk melatih anak-anak supaya mahir dalam bacaan dalam solat dan juga mengingatkan kepada anak-anak bahawa solat wajib dilakukan setiap hari. Pada pertengahan tahun, barulah anak-anak tahap dua akan diperkenalkan dengan solat fardhu lima waktu.

Bagi anak-anak yang berumur 10-11 tahun, ibubapa bolehlah memperkenalkan mereka dengan qiamullail, solat istikharah memohin petunjuk dan pertolongan Allah dan solat-solat sunat yang lain. Ajaklah anak-anak bersolat terawih dan solat hari raya di masjid.
credit : munsyeed.com

Didalam pembinaan masyarakat, ibubapa digalakkkan membawa anak menghadiri majlis ilmu, membawa mereka ke majlis perkahwinan, persembahan nasyid. Ini adalah kerana naluri anak-anak yang sukakan kemeriahan. Di dalam rumah pula, ibu-ibu boleh menyuruh anak-anak melakukan kerja rumah sesuai dengan usia mereka. Ajak juga merekan menziarahi keluarga dan saudara mara. Benarkan  mereka tidur bermalam di  rumah saudara jika kita pasti rumah itu mempunyai bi'ah solehah (persekitaran yang baik) semoga dengan itu menjadi ikutannya. 

Dalam mendidik anak, ibubapa perlulah menjadi contoh yang baik manakala guru-guru juga perlu menunjuk teladan yang baik. Masa  yang baik untuk memberi nasihat kepada anak-anak adalah :
  1.  ketika dalam perjalanan (dalam kereta) - pada ketika itu, semua anak berada di dalam kereta dan ibubapa bolehlah mengambil kesempatan memberi nasihat atau bercerita kepada anak-anak; 
  2. waktu makan - tapi awas! ibu-ibu jangan pula membebel/berleter kerana itu akan menyekat selera anak-anak untuk makan; 
  3.  ketika anak sakit - dikatakan ketika sakit, anak-anak berada diperingkat lemah dan hati akan lembut. Ketika ini mereka mudah menerima nasihat dan teguran kita.

Ibubapa perlu berlaku adil dan saksama, penuhilah hak-hak anak  dan sentiasalah  mendoakan anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Jangan sesekali mencela dan menceritakan keburukan anak.

Belikan mainan untuk anak-anak. (beli mainan yang sesuai). Dikatakan, mainan yang berbentuk susun-susun adalah terbaik  untuk mengasah minda anak-anak seperti lego dan puzzle.







Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Sunday, March 10, 2013

Amalan Pertama Dihisab

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari Kiamat ialah solatnya."

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)



Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim