Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Assalamualaikum
TNIAS mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru TNIAS dan juga semua guru di Malaysia.

Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda




Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Saturday, May 11, 2013

Rehlah - Tahap 1

Assalamualaikum

Tarikh : 30hb. Mei 2013
Tempat : Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Bilangan pelajar : 50 orang
Bilangan guru : 10 orang

Rombongan bertolak pada jam 9.30 pagi. Oleh kerana jarak dari Tadika ke Pantai Batu Buruk adalah dekat (lebih kurang 1km), maka pihak TNIAS memutuskan untuk membawa anak-anak mengelilingi bandar Kuala Terengganu disamping memperkenalkan kepada anak-anak beberapa mercu tanda di bandar ini. 
di dalam bas

melihat permandangan di luar
Laluan pertama yang kami lalui adalah Istana Maziah. Istana Maziah adalah istana rasmi Sultan Terengganu. Di sebelahnya terletak Pejabat Pos Besar Terengganu dan di belakangnya terdapat Bukit Puteri.
 
perhentian 1 : istana maziah & pejabat pos
seronok melihat
tengok apa tu Hanin?....
padang Maziah
Seterusnya kami melalui Pasar Besar Kedai Payang. Di sini juga terdapat Bazar Warisan dan juga 2 jeti bot penambang untuk ke Pulau Duyong dan Seberang Takir.
hadapan Bazar Warisan berhampiran Jeti ke Seberang Takir

Kemudian kami melalui Kampung Cina dan terus ke Pulau Kambing, Cabang Tiga dan melalui hadapan  Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Seterusnya kami menuju ke Pantai Batu Buruk.

seronok !!!
sudah sampai di Pantai Batu Buruk
makan dulu!!! Bismillah....
enak menjamu selera bersama rakan2 & guru
main....main...main
hati-hati panjat yer...
bestnyer....!!!
nak bergayut pulak.... nanti cepat tinggi...he3
meh sini... teacher tolong....
amboi! ramainya dalam terowong gelongsor
bagusnya... tak berebut... syabas anak-anak
teacher pun naik sekali?.... bukan apa nak tengokkan anak-anak kat atas tuh.
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Tadika pada jam 12.00 tengahari. Seronok kami melihat anak-anak gembira dengan lawatan ini.



Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim