Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Thursday, November 28, 2013

Video Persembahan Anak-anak di Majlis Ihtifal 2013

Assalamualaikum

Alhamdulillah, video persembahan anak-anak tahap 2 di Majlis Ihtifal & Penyampaian Hadiah 2013  telah di'upload' di YouTube.

Enjoy !!!!
Kelas 2 Abu Bakar - Pentomen Si Merak Yang Sombong


Kelas 2 Umar - Koir 1234


Kelas 2 Uthman - Dikir Barat "Tuntutlah Ilmu"


Kelas 2 Ali - Nasyid "Anak Soleh"




Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Wednesday, November 20, 2013

MAJLIS IHTIFAL & HARI PENYAMPAIAN HADIAH 2013

Assalamualaikum

Tarikh : 9hb. November 2013
Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat Al-Quran dari adik Mu'min wakil pelajar kelas Iqra'. Adik Mu'min membacakan surah Al-Mukminun ayat 1-19. Ayat 1-11 dijelaskan sifat-sifat orang yang benar-benar beriman, iaitu
1.  tunduk hatinya kepada Tuhan dalam mengerjakan solat
2. sopan dalam berkata
3. suci dalam perbuatan
4. jauh dari penzinaan
5. memelihara amanat
6. memenuhi janji
7. tetap mengerjakan solat
Kemudian diikuti dengan bacaan surah Al-Faatihah, An-Naas, Al-Falaq & Al-Ikhlas oleh anak-anak dari kelas Iqra' iaitu adik Akashah, adik Alif, adik Hasif, adik Akmal, adik Anis, adik Syamimi, adik Balqis.  Selepas itu, bacaan surah Al-Maaun oleh adik Syamimi, terjemahan dalam bahasa Melayu oleh adik Balqis  terjemahan dalam bahasa Inggeris oleh adik Akmal.
a

Adik Safwan mewakili pelajar2 tahap 2 menyampaikan ucapan.

Selepas itu acara penyampaian sijil graduasi, hadiah pelajar terbaik dan persembahan setiap kelas diadakan berselang-seli.
persembahan nasyid dari tahap 2 Ali

nasyid bertajuk Anak Soleh (Aeman)
tahap 2 Umar
koir 1234 (Aris Ariwatan)


dikir barat dari 2 Uthman
dikir barat "Tuntutlah Ilmu" (Cikgu Sulizi)

Story telling by Adik Aiesya Safiyyah
The Very Hungry Caterpillar

Pentomen dari Tahap 2 Abu Bakar
Si Merak Yang Sombong



Senarai nama pelajar terbaik :

Tahap pra (B) - Imran Afnan bin Mohd Romzi
Tahap pra (G) - W Nadhirah Humaira bt Wan Mohd Suhaimi
Hafalan terbaik pra -  Wan Amira Syafiqah binti Wan Rosni

Tahap 1 (B) - M. Alif Haziq bin Mohd Daud
Tahap 1 (G) - Wafa Marwa bt Ahmad Fahrizad
Hafalan terbaik Tahap  1 - Wafa Marwa binti Ahmad Fahrizad

Tahap 2 (B) - Affiq Imran bin Kamaruzaman
Tahap 2 (G) - Fatimahtuz Zahra binti Kamaludin
Hafalan terbaik Tahap 2 - Insyirah Husna binti Mohd Romzi
Adik Qistina Wishal telah khatam Al-Quran melalui program Transit Bestari TNIAS

Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang berjaya. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat.


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim