Assalamualaikum
Tarikh : 30hb. Mei 2013
Tempat : Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Bilangan pelajar : 50 orang
Bilangan guru : 10 orang
Rombongan bertolak pada jam 9.30 pagi. Oleh kerana jarak dari Tadika ke Pantai Batu Buruk adalah dekat (lebih kurang 1km), maka pihak TNIAS memutuskan untuk membawa anak-anak mengelilingi bandar Kuala Terengganu disamping memperkenalkan kepada anak-anak beberapa mercu tanda di bandar ini.
 |
di dalam bas |
 |
melihat permandangan di luar |
Laluan pertama yang kami lalui adalah
Istana Maziah. Istana Maziah adalah istana rasmi Sultan Terengganu. Di sebelahnya terletak Pejabat Pos Besar Terengganu dan di belakangnya terdapat
Bukit Puteri.
| |
perhentian 1 : istana maziah & pejabat pos |
 |
seronok melihat |
 |
tengok apa tu Hanin?.... |
 |
padang Maziah |
Seterusnya kami melalui
Pasar Besar Kedai Payang. Di sini juga terdapat Bazar Warisan dan juga 2 jeti bot penambang untuk ke Pulau Duyong dan Seberang Takir.
 |
hadapan Bazar Warisan berhampiran Jeti ke Seberang Takir |
Kemudian kami melalui
Kampung Cina dan terus ke Pulau Kambing, Cabang Tiga dan melalui hadapan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Seterusnya kami menuju ke Pantai Batu Buruk.
 |
sudah sampai di Pantai Batu Buruk |
 |
makan dulu!!! Bismillah.... |
 |
enak menjamu selera bersama rakan2 & guru |
 |
main....main...main |
 |
hati-hati panjat yer... |
 |
bestnyer....!!! |
 |
nak bergayut pulak.... nanti cepat tinggi...he3 |
 |
meh sini... teacher tolong.... |
 |
amboi! ramainya dalam terowong gelongsor |
 |
bagusnya... tak berebut... syabas anak-anak |
 |
teacher pun naik sekali?.... bukan apa nak tengokkan anak-anak kat atas tuh. |
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Tadika pada jam 12.00 tengahari. Seronok kami melihat anak-anak gembira dengan lawatan ini.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim