Sessi penilaian anak-anak telah pun selesai hari Khamis lepas (27/10/11). Mulai esok 'teachers' akan mula sibuk dengan mengemaskini rekod anak-anak. Minggu ini juga akan diketahui siapa pelajar yang cemerlang di dalam kelas dan tahap masing-masing.
Majlis penyampaian hadiah dan hari Ihtifal juga akan berlangsung tidak lama lagi. Dalam masa 2 minggu lagi iaitu pada 12/11/11. Selain sibuk mengemaskini fail dan rekod anak-anak, latihan untuk persembahan ihtifal juga giat dijalankan.
Antara aksi-aksi yang sempat dirakam ketika latihan awal bulan ini.
 |
persembahan anak2 transit care - 5 tahun |
 |
bersungguh-sungguh & penuh semangat |
 |
menguasai semua 'step' yang diajar |
 |
menyaksikan persembahan kawan-kawan. |
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim