Petikan ini saya ambil dari buku "Indahnya Hidup Bersyariat" tulisan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGETAHUI KEWUJUDAN ALLAH?
Kita andaikan begini, sekiranya kita melihat sebuah kereta yang sedang meluncur laju, sudah tentu kita percaya dan yakin bahawa ada pemandu yang memandu kereta tersebut.
Sekiranya tiada pemandu, sudah pasti kereta tersebut tidak akan meluncur dan bergerak dengan baik di atas jalan raya.