Assalamualaikum
TNIAS mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 55. Semoga negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan kita sebagai rakyat Malaysia umumnya dan orang Islam khususnya berusaha untuk berpegang teguh pada ajaran Islam.
Sempena hari raya dan sambutan kemerdekaan, pada 30/8/2012 (Khamis), anak-anak TNIAS telah mengadakan sambutan Aidilfitri & Kemerdekaan.
Dua hari sebelum sambutan diadakan, anak-anak mewarna bendera Malaysia.
|
mewarna bendera Malaysia |
|
menggunting |
|
lekat pada batang lidi |
|
tadaa...!! dah siap |
Pada hari sambutan Aidilfitri & Merdeka, selepas solat sunat (aktiviti wajib yang dilakukan setiap hari oleh anak-anak TNIAS sebelum kelas bermula) anak-anak dihidangkan dengan aiskrim.
Sementara itu, semua 'teacher' menyediakan juadah kuih raya yang telah dibawa oleh anak-anak.
|
anak-anak tahap 1 |
|
di bangunan tahap 1 |
|
di kantin bangunan tahap 2 |
|
hmm... nak makan apa yer.. Subhanallah banyak sangat pilihan kuih |
Selepas itu, anak-anak berkumpul di ruang solat untuk mendengar cerita dan fakta tentang merdeka dan negara Malaysia.
|
tekun mendengar |
|
mengibar jalur gemilang |
Kemudian soalan kuiz berkaitan negara Malaysia diajukan kepada anak-anak.
|
masing-masing ingin menjawab |
|
syabas kepada yang berjaya menjawab kuiz dengan betul |
|
penghargaan kepada anak-anak yang berjaya puasa penuh |
Sekitar majlis sambutan Aidilfitri & Merdeka
Sekian. Wasalam.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim