Assalamualaikum
Slot ke 2 Program bual bicara.
Slot 1 baca sini
Slot ke 2 Program bual bicara.
Slot 1 baca sini
Slot ke 2 : Penceramah : Ustazah Sharifah Hamadiah binti Syed Husin
Pensyarah Pengajian Islam dan Bahasa Arab UNISZA
Tajuk : Rahsia Mendidik Anak Soleh Yang Cemerlang
- Tugas mendidik adalah tugas semua orang.
- Allah SWT menyuruh kita untuk menjadi manusia yang baik.
- Tugas kita adalah memakmurkan alam.
- Sebelum mendidik anak, kita sebagai ibu bapa perlu mendidik diri terlebih dahulu.
- Ia bermula dengan mencari pasangan yang baik untuk kita
- Akhlak Rasulullah SAW adalah Al Quran kerana apa yang disuruh dalam Al Quran adalah akhlak Rasulullah SAW
- Ibu hendaklah sentiasa mendekati Allah dan AlQuran baru jiwa dan hati rasa tenang dan seterusnya dapat menbimbing anak dengan baik
- Hendaklah sentiasa berdoa untuk anak
- Cara terbaik pegang ubun-ubun atau belakang anak untuk menenangkan anak @ lembutkan hati anak
- Memberi nama yang baik untuk anak sepertimana Sabda Rasulullah saw ,
(Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
- Mengakikahkan anak (dikatakan salah satu sumber penyakit adalah kerana keabaian akikah)
(Riwayat
Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
- Amalkan sunat dhuha memohon kemurahan rezeki, kesihatan yang baik, masa yang mencukupi dan sebagainya.
- Akidah mesti kuat - akhlak bagus - makan/minum jaga
- Mesti hormat ibu bapa & guru
- Kesedaran dan tanggungjawab pada diri, jujur pada diri
- Selalu berdoa, bertawakal
- Mesti ada ilmu, ada amal, ada ikhlas dan ada doa
Doa dari seorang ibu
"Anakku, ibu berdoa agar kamu menyambung amalan andai ibu tiada lagi. kerana doa kamu akan menyelamatkan ibu di alam sana."
Sekian. Wasalam.