Assalamualaikum
Pada 29.01.2013, jururawat-jururawat pergigian dari Klinik Pergigian Air Jernih, Kuala Terengganu telah mengadakan siri lawatan ke Tadika ini bagi tujuan pemeriksaan dan merawat gigi anak-anak tadika ini. Mereka berada di Tadika ini selama 1 minggu iaitu dari 29.01.2013 sehingga 5.02.2013.
 |
menunggu giliran |
 |
ada juga yang 'nervous' .... |
 |
gigi saya okay..... awak pulak macamana? |
 |
rawatan tampalan gigi |
Pada hari terakhir 05.02.2013 (Selasa), cara-cara memberus gigi dengan betul diajar kepada anak-anak.
 |
ikut nurse .... berus gigi pegang tangan kanan |
Terima kasih kepada jururawat-jururawat pergigigan dari Klinik Pergigian Air Jernih.
Wasalam.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim