Blog Ini
Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.
Saturday, December 31, 2011
ParenThots - Features - Teaching kids numbers through daily activities
ParenThots - Features - Teaching kids numbers through daily activities
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim
Friday, December 30, 2011
Wednesday, December 28, 2011
Hari Suaikenal TNIAS - 1 & 2hb. Jan 2012
Assalamualaikum
Entri saya pada kali ini adalah berkenaan dengan hari Suaikenal TNIAS yang akan diadakan pada tarikh tersebut di atas. Seperti tahun-tahun sebelum ini, tadika kami akan menjalankan hari Suaikenal ini 2 hari lebih awal dari tarikh persekolahan sebenar. Bagi sessi 2012, sessi persekolahan sebenar bermula pada 3hb. Januari 2012.
Tujuan diadakan hari Suaikenal adalah :
1. memberi peluang kepada anak-anak untuk mengenali tadika, guru-guru dan kawan-kawan sekelasnya
2. tempoh selama 1jam setengah selama 2 hari dirasakan adalah sesuai bagi anak-anak terutamanya yang berumur 4 & 5 tahun untuk mengenali dan membiasakan diri dengan persekitaran tadika & kawan-kawan. Jika terlalu lama, mereka akan merasa ditinggalkan oleh ibu bapa.
3. Yang paling penting, pihak kami ingin memberi peluang kepada ibu bapa menguruskan kemasukan abang @ kakak di sekolah rendah terutamanya yang akan memasuki darjah 1.
4. Transit care tidak dibuka pada hari tersebut di atas adalah kerana hari tersebut bukan hari persekolahan sebenar dan juga kerana tujuan no. 2 di atas.
Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap pihak tuan/puan ibu bapa & penjaga mengambil perhatian atas perkara ini. Jika pihak tuan/puan ibu bapa & penjaga mempunyai masalah atau kesulitan untuk menghantar anak2 pada tarikh tersebut di atas, pihak kami memahaminya.
Sekian. Terima kasih.

Tuesday, December 27, 2011
Persekolahan Sessi 2012
Kepada ibu bapa & penjaga,
1. Uniform tadika telah sedia ada. Sila dapatkan di pejabat tadika - 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
2. Pada 1hb. & 2hb. Januari 2012 - Hari Suaikenal diadakan. Waktu persekolahan pada hari tersebut adalah 8.30 pg - 10.00 pagi. Pakaian : Uniform sekolah
3. 3hb. Januari 2012 - Hari persekolahan sessi 2012 bermula. Transit care & transit bestari berjalan seperti biasa.
Harap maklum.

Majlis Ihtifal 2011 - Persembahan Nasyid dari SMASZAL
Persembahan dari pelajar tingkatan 4 & 5 Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin Ladang.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim
Monday, December 19, 2011
Maklumat Terkini Kemasukan Pelajar Sessi 2012
Assalamualaikum.
Pihak Tadika Nurul Iman As-Siddiq ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan tuan/puan yang diberi kepada Tadika kami untuk mendidik anak tuan/puan bagi sessi 2012. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.
Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan juga pakej yang masih ada kekosongan dan yang telah penuh.

- Pakej Tadika sahaja (8.30pg-12.00tgh) - MASIH ADA KEKOSONGAN - TEMPAT TERHAD
- Pakej Tadika + Iqra' (8.30pg -1.15ptg) - PENUH
- Pakej Tadika + Iqra' + Transit Care @ Tadika + Transit Care (8.30pg -5.30ptg) - PENUH
Saturday, December 10, 2011
Transit Care & Transit Bestari Cuti Sekolah 2011
Assalamualaikum
Transit Care dan Transit Bestari akan ditutup mulai 18hb. Disember sehingga 2hb. Januari 2012. Transit care dan transit bestari akan dibuka semula pada 3hb. Januari 2012.
Harap maklum.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim
Transit Care dan Transit Bestari akan ditutup mulai 18hb. Disember sehingga 2hb. Januari 2012. Transit care dan transit bestari akan dibuka semula pada 3hb. Januari 2012.
Harap maklum.
Tuesday, December 6, 2011
JAWATAN KOSONG
Jawatan : Pembantu Guru Tadika
Kelayakan :
Calon yang disenaraipendek akan dipanggil temuduga.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim
Kelayakan :
- Kelulusan SPM atau STPM
- Bujang
- Boleh mengaji
- Mahir dalam bahasa Arab atau Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan
- Minat dengan kanak-kanak
Calon yang disenaraipendek akan dipanggil temuduga.
Monday, December 5, 2011
Al-Ma'surat dan kelebihannya
Al-Ma'surat merupakan himpunan doa dan zikir amalan Rasulullah saw yang disusun semula oleh al-Iman asy-Syahid Hassan al-Bana, tokoh pendakwah dan pejuang Islam di Mesir yang meninggal dunia pada tahun 1949.
Setiap untaian zikir itu mempunyai kelebihan fadhilat atau kelebihan tertentu apabila diamalkan secara tetap (beristiqamah). Berikut adalah antara kelebihan mengamalkan al-Ma'surat :
Bagi ibu bapa yang ingin melatih anak-anak mereka mengamalkan al-Ma'surat, disarankan supaya mendedahkan bacaan al-Ma'surat kepada mereka sedikit demi sedikit mengikut kesusaian umur dan biarlah secara berterusan. Kongsilah kelebihan al-Ma'surat kepada anak-anak sedikit demi sedikit. Apa yang penting penghayatan dalan membaca al-Ma'surat
Ringkasan dari artikel Rahsia di sebalik Al-Ma'surat, temubual dengan Ustaz Drs Pauzi bin Haji Awang, penyusun buku Ke Arah Penghayatan Al'Ma'surat (Intel Multimedia dan Publication, Petaling Jaya, 2005) oleh team Majalah Anis keluaran 164-April 2011
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim
Setiap untaian zikir itu mempunyai kelebihan fadhilat atau kelebihan tertentu apabila diamalkan secara tetap (beristiqamah). Berikut adalah antara kelebihan mengamalkan al-Ma'surat :
- Dilindungi daripada syaitan
- Hati tidak mati
- Mendapat keselamatan
- Mendapat kesempurnaan nikmat Allah
- Mendapat redha Allah
- Terhindar daripada perkara mudharat
- Terhindar daripada racun atau serangga berbisa
- Hilang rasa dukacita
- Dibukakan jalan untuk melunaskan hutang
- Mendapat syafaat Nabi pada hari Kiamat
Bagi ibu bapa yang ingin melatih anak-anak mereka mengamalkan al-Ma'surat, disarankan supaya mendedahkan bacaan al-Ma'surat kepada mereka sedikit demi sedikit mengikut kesusaian umur dan biarlah secara berterusan. Kongsilah kelebihan al-Ma'surat kepada anak-anak sedikit demi sedikit. Apa yang penting penghayatan dalan membaca al-Ma'surat
Ringkasan dari artikel Rahsia di sebalik Al-Ma'surat, temubual dengan Ustaz Drs Pauzi bin Haji Awang, penyusun buku Ke Arah Penghayatan Al'Ma'surat (Intel Multimedia dan Publication, Petaling Jaya, 2005) oleh team Majalah Anis keluaran 164-April 2011
Tuesday, November 29, 2011
Sunday, November 27, 2011
PENGESAHAN PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN YURAN SESSI 2012
Pihak Tadika Nurul Iman As-Siddiq (TNIAS) akan mengadakan hari Pengesahan Pendaftaran dan Pembayaran Yuran bagi sessi persekolahan 2012 sebagaimana berikut :
Tarikh : 5hb & 6hb Disember 2011 (Isnin &Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Bangunan Tahap 2
Semoga ibu bapa dapat memberi kerjasama untuk datang pada tarikh & waktu yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang masalah & kemusykilan bolehlah menghubungi kami.
KERJASAMA ADALAH AMAT DIHARAPKAN BAGI MELANCARKAN URUSAN PEMBAHAGIAN KELAS & TUGASAN GURU.
* Kepada ibu bapa yang berminat tetapi belum mengisi borang, pendaftaran juga boleh dilakukan pada hari tersebut bergantung kepada kekosongan yang ada.
Terima kasih.

Gambar Ihtifal - part 5
Saturday, November 26, 2011
Salam Maal Hijrah
Tadika Nurul Iman As-Siddiq mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1433 Hijrah
Friday, November 25, 2011
Persembahan pada Majlis Ihtifal
Persembahan pada Majlis Ihtifal
Tahun 2011
Pentomen Flora & Fauna
Senamrobik 2 Abu Bakar
Boria 2 Umar
Nasyid Doa Rabitah & Insya Allah
Tahun 2010
Surah Al Qariah - Bacaan & terjemahan dalam BM & English
Sajak Guru Oh Guru - 2010
Fashion Show - part 1/3 - 2010
Fashion Show - part 2/3 - 2010
Fashion Show - part 3/3 - 2010
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim
Tahun 2011
Pentomen Flora & Fauna
Senamrobik 2 Abu Bakar
Boria 2 Umar
Nasyid Doa Rabitah & Insya Allah
Tahun 2010
Surah Al Qariah - Bacaan & terjemahan dalam BM & English
Sajak Guru Oh Guru - 2010
Fashion Show - part 1/3 - 2010
Fashion Show - part 2/3 - 2010
Fashion Show - part 3/3 - 2010
Thursday, November 24, 2011
Gambar Ihtifal - part 4
Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Gambar Ihtifal - part 3
![]() | |
make-up..... |
![]() |
menunggu giliran |
![]() |
bacaan Al-Quran oleh Adik Ainul Mardhiah |
![]() |
hafalan, al-quran dan terjemahan |
![]() | |
ucapan daripada Pengasas TNIAS |
![]() |
nasyid - 2 Uthman |
![]() |
pentomen transit care |
![]() |
bunga & pokok |
![]() |
yeahhh!!!..... lompat tinggi tinggi |
![]() |
letih daaa..... rehat jap.... |
![]() |
burung kakaktua |
![]() |
rama-rama |
![]() |
fuhhh..... lega, persembahan saya dah habis... |
Gambar-gambar lain bakal menyusul. Semoga sabar menunggu.
Video Ihtifal 2011 - Pentomen Transit Care
Persembahan anak-anak Transit Care Tahap 1 (5 tahun).
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim
Friday, November 18, 2011
Renung Sejenak
Sementara menunggu gambar-gambar persembahan pada hari Ihtifal 2011 dapat di'upload' , marilah kita renung sejenak petikan ini. Semoga kita dapat mendapat manfaat dan dapat juga menjawab soalan 'cepumas' yang anak-anak kita ajukan kepada kita.
Petikan ini saya ambil dari buku "Indahnya Hidup Bersyariat" tulisan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Begitu juga dengan Allah, Dia-lah yang menggerakkan matahari, bulan dan bintang. Dia-lah yang menggantikan malam dan siang serta mencipta semua makhluk di muka bumi ini.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim
Petikan ini saya ambil dari buku "Indahnya Hidup Bersyariat" tulisan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGETAHUI KEWUJUDAN ALLAH?
Kita andaikan begini, sekiranya kita melihat sebuah kereta yang sedang meluncur laju, sudah tentu kita percaya dan yakin bahawa ada pemandu yang memandu kereta tersebut.
Sekiranya tiada pemandu, sudah pasti kereta tersebut tidak akan meluncur dan bergerak dengan baik di atas jalan raya.
Thursday, November 17, 2011
Gambar Ihtifal - Part 2
Wednesday, November 16, 2011
Wednesday, November 9, 2011
Hari Ihtifal dan Penyampaian Hadiah 2011
1. Raptai akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 11/11/2011
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Auditoium Dewan Budaya, Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Pakaian : Bebas (menutup aurat)
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim
Tarikh : 11/11/2011
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Auditoium Dewan Budaya, Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Pakaian : Bebas (menutup aurat)
Graduation Poem
When I started kindergarten
I was very, very small
I have grown so much bigger now
Can't you see how tall?
I've learned to read and write
and to try my best with all my might.
Like a seed that was planted
with a gentle hand and spade
I've bloomed and I'm ready
to move on to first grade!!
Friday, November 4, 2011
Rehat Minda
Ustaz : Terdapat banyak cara untuk kita nak kenal Allah.
Pelajar : Apakah cara-caranya ustaz?
Ustaz : Antaranya kita kenal Allah dengan melihat dan menghayati kejadian-kejadian ciptaan-Nya.
Pelajar : Macam mana tu?
Ustaz : Cuba kamu lihat langit, bagaimanakah ia dicipta dan diangkat ke atas?
Pelajar : Yelah ustaz, langit berada di atas tanpa ditongkat. Betapa agungnya Allah swt.
Credit : Buku Indahnya Hidup Bersyariat (Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen bin Ab. Hamid)
Gambar : chocolateir-stock
Gambar : chocolateir-stock
Wednesday, November 2, 2011
HARI RAYA AIDIL ADHA
Warga Tadika Nurul Iman As Siddiq mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Tadika akan bercuti pada 6hb & 7hb. November 2011. Tadika akan dibuka sepeti biasa pada 8hb. November 2011 (Selasa)
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim
Tadika akan bercuti pada 6hb & 7hb. November 2011. Tadika akan dibuka sepeti biasa pada 8hb. November 2011 (Selasa)
Saturday, October 29, 2011
LAPORAN PENILAIAN DAN HARI IHTIFAL 2011
Sessi penilaian anak-anak telah pun selesai hari Khamis lepas (27/10/11). Mulai esok 'teachers' akan mula sibuk dengan mengemaskini rekod anak-anak. Minggu ini juga akan diketahui siapa pelajar yang cemerlang di dalam kelas dan tahap masing-masing.
Majlis penyampaian hadiah dan hari Ihtifal juga akan berlangsung tidak lama lagi. Dalam masa 2 minggu lagi iaitu pada 12/11/11. Selain sibuk mengemaskini fail dan rekod anak-anak, latihan untuk persembahan ihtifal juga giat dijalankan.
Antara aksi-aksi yang sempat dirakam ketika latihan awal bulan ini.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim
Majlis penyampaian hadiah dan hari Ihtifal juga akan berlangsung tidak lama lagi. Dalam masa 2 minggu lagi iaitu pada 12/11/11. Selain sibuk mengemaskini fail dan rekod anak-anak, latihan untuk persembahan ihtifal juga giat dijalankan.
Antara aksi-aksi yang sempat dirakam ketika latihan awal bulan ini.
persembahan anak2 transit care - 5 tahun |
bersungguh-sungguh & penuh semangat |
menguasai semua 'step' yang diajar |
menyaksikan persembahan kawan-kawan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)