Assalamualaikum
Alhamdulillah pada 13hb. Mei 2012, Ahad, pihak tadika telah berjaya mengadakan satu lawatan bagi anak-anak Tahap 1 (5 tahun) ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT). Lawatan luar ini merupakan salah satu aktiviti tahunan tadika ini. Kami bertolak dari tadika pada jam 9.45 pagi dan sampai pada jam 9.55 pagi.
|
wajah riang anak-anak |
Di PSKT, kami disambut oleh 3 orang pegawai yang bertugas. Setelah penerangan ringkas diberi, kami dibawa ke planetarium untuk menonton simulasi langit, bulan dan bintang melalui teknik pencahayaan yang
dihasilkan oleh projektor universal, kubah atau ‘dome’ yang berbentuk
setengah bulatan, berdiameter 10 meter. Ia mampu membuatkan kita
seolah-olah menjelajah langit yang dipenuhi dengan bintang, planet,
bulan, meteor dan objek-objek yang terdapat dalam sistem cakerawala.
|
di galeri sains |
|
Kemudian kami dibawa ke Galeri Sains dan Kreativiti. Di sini, anak-anak diberi peluang untuk bermain dengan permainan yang melibatkan penggunaan aplikasi sains.
|
dalam galeri sains |
|
Lawatan tahun ini tidak disediakan aktiviti membuat roket straw sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
|
bergambar di pintu masuk PSKT |
Lawatan kami berakhir pada jam 11.30 pagi. Kami selamat tiba di tadika tepat jam 12.00 tengahari.
Pihak TNIAS mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak PSKT menerima kunjungan kami.
Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim