Assalamualaikum
TNIAS telah mengadakan sambutan hari guru pada 17hb. Mei 2012 (Khamis). Sambutan bermula pada jam 10 pagi selepas selesai solat sunat dan makan pagi. Kami, guru-guru dan anak-anak menikmati nasi kunyit yang dibawa oleh adik Nurin sempena hari jadinya yang ke-6. Terima adik Nurin. Semoga Allah sentiasa merahmati adik Nurin.
Acara bermula dengan memanaskan badan dan kemudian diikuti dengan senamrobik beramai-ramai.
|
panaskan badan dahulu |
Lagu-lagu yang didendangkan bagi acara senamrobik adalah Chicken Dance, Hamba Mu, Saya seekor gajah, Katak si katak lompat dan ikan kekek.
|
chicken dance |
|
|
|
bersedia untuk lompat katak |
Selepas itu acara musical chair untuk teachers di adakan.
Acara berakhir pada jam 11.30 pagi. Selepas itu, teachers dan anak-anak ke kelas masing-masing untuk menikmati juadah yang dibawa oleh anak-anak.
|
antara juadah yang dibawa adalah kek |
Antara pemberian daripada anak-anak
|
ceria... |
|
bukan sembarangan bunga... gubahan menarik daripada agar-agar kering |
Acara bertukar hadiah sesama guru juga diadakan.
Semoga Allah memberi kami kekuatan, kesabaran & kemudahan dalam menjalankan amanah ibu bapa untuk memdidik anak-anak TNIAS. Insya Allah.
Wasalam.
Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim