Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Tadika

TNIAS ditubuhkan sejak 1991.

Kami menyediakan pendidikan pra-sekolah untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun.

Kami menawarkan sistem pendidikan yang menggabungkan kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan kurikulum kami sendiri yang menekankan amalan Islam dalam kehidupan seharian.
Solat Berjemaah
Pengajaran dalam kelas
Di TNIAS anak anda akan mendapat pengalaman yang menggembirakan, kami menggunakan pendekatan ‘belajar melalui bermain’.


Pembelajaran tidak terhad di tadika sahaja, mereka juga akan dibawa meneroka pengalaman melalui lawatan rasmi.

Lawatan ke Akademi Bomba - Tahap 2 (6 tahun)
Lawatan ke Pusat Sains - Tahap 1 (5 tahun)
Di samping itu adab-adab Islam sentiasa diamal secara praktikal.

Alhamdulillah, TNIAS telah melahirkan anak-anak yang cemerlang di segi akademik dan penghayatan Islam.


Diraikan di Majlis Ihtifal

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim