Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Friday, December 21, 2012

Video persembahan sajak & senamrobik TC di Majlis Ihtifal TNIAS 2012

Assalamualaikum

Persembahan anak-anak TNIAS di Majlis Ihtifal 2012 yang baru di'upload'

Persembahan sajak UNTUKMU PALESTIN oleh adik Alani dan Adik Aina


Persembahan senamrobik oleh anak-anak berumur 5 tahun Transit Care


Enjoy the show.



Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Thursday, December 6, 2012

TEMUDUGA TERBUKA TNIAS

Assalamualaikum
Tadika Nurul Iman As-Siddiq akan mengadakan TEMUDUGA TERBUKA bagi jawatan berikut :

Tarikh Temuduga : 17hb. Disember 2012 (Isnin)
Waktu Temuduga : 9.00 pag - 12.00 tengahari
Jawatan : Pembantu Guru (Sepenuh Masa)
Syarat-syarat :
  • SPM atau setaraf dengannya
  • BUJANG
  • MINAT PADA KANAK-KANAK
  • Sihat tubuh badan
  • boleh membaca Al-Quran dengan baik adalah satu kelebihan 
Waktu bekerja :
  • 8.00 pagi - 5.00 petang
Kemudahan yang disediakan :
  • Tempat tinggal 
  • Makan pagi, tengahari dan petang ditanggung
  • KWSP, SOCSO
Sila bawa resume & sijil yang berkaitan semasa sessi temuduga.
 
Sekiranya terdapat kemusykilan atau masalah berkaitan dengan tarikh tersebut di atas, sila hubungi kami di talian 09 -622 6315 (9.00 pagi - 1.00 tengahari)

Wasalam.
                 

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Wednesday, November 28, 2012

Video Persembahan Ihtifal 2012

Assalamualaikum
Persembahan kelas 2 Abu Bakar dan Kelas 2 Umar telah di'upload' di youtube.
Semoga terhibur.




Akan datang.... persembahan Kelas 2 Uthman, Transit Care & Sajak

Sekian. Wasalam.


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Sunday, November 25, 2012

Pesanan Luqman Hakim kepada anaknya

Assalamualaikum
Surah Luqman merupakan surah yang ke 31 di dalam Al Quran dan mengandungi 34 ayat.

Luqman Hakim merupakan seorang yang bijaksana. Beliau sentiasa memerhati haiwan dan tumbuhan disekitarnya dan cuba untuk memahami dunia berdasarkan apa yang dilihatnya. Satu hari, ketika beliau tidur di bawah pokok, malaikat datang dan menyatakan bahawa Allah hendak menganugerahkan beliau sama ada menjadi bijak pandai atau raja. Luqman memilih bijak pandai dan apabila beliau tersedar dari tidur dan menyedari apa yang berlaku. Beliau memahami apa yang berlaku dan mendapat jawapan tentang semua persoalannya berkenaan alam di sekelilingnya. Beliau bersujud dan memuji Allah atas anugerah tersebut. (sumber wikipedia klik sini)

Pesanan beliau kepada anaknya terdapat di dalam surah Luqman, ayat 13-19.
1. Oh anakku, tiada lain yang patut disembah melainkan Allah, kerana memuja berhala adalah satu dosa yang keji.

2. Anakku, Allah akan mendedahkan semua perkara sama ada ia sebesar biji sawi, sama ada ia tersorok di dalam batu atau di langit dan bumi. Allah Maha Pengampun dan Maha Mengetahui

3. Anakku, berdoalah selalu

4. Hendaklah bersabar dengan apa yang berlaku kepada.Itu adalah tanggungjawab manusia (nasihat Luqman mengenai bercakap menegakkan keadilan dan mencegah kejahatan)
5. Jangan menghina sesama manusia.
6. Jangan bersikap sombong dan bangga diri di bumi Allah ini.
gambar hiasan
7. Tuhan tidak menyukai orang yang angkuh dan bercakap besar. Kamu hendaklah bersikap sederhana.
8. Sentiasa merendahkan suaramu. Suara yang paling kasar ialah ringkikan suara keldai. ( hendaklah sentiasa bersopan santun)
gambar hiasan

(sumber : Himpunan Cerita Teladan di dalam Al Quran untuk Kanak Kanak, penterjemah Azwar Abdul Manan)
Wasalam.

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Friday, November 23, 2012

Gambar penerima sijil & hadiah majlis Ihtifal 2012

Assalamualaikum
Sementara menunggu video persembahan majlis Ihtifal & Hari Penyampaian Hadiah TNIAS 2012 di'upload' dalam youtube, mari kita lihat lagi gambar-gambar di Majlis Ihtifal 2012.
terbaik kelas Iqra' tahap 1

terbaik kelas Iqra' tahap 2

terbaik kelas iqra' tahap 2

hadiah puasa penuh

terbaik dalam kelas

sijil graduasi

sijil graduasi

sijil graduasi

sijil graduasi

cabutan bertuah
Sekian. Wasalam.


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Wednesday, November 14, 2012

YEAY! YEAY! CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum

Cuti sekolah adalah cuti yang sangat dinanti-nanti oleh anak-anak (... teacher jugak... hehehe...). Diharap anak-anak dapat menggunakan masa cuti sekolah ini dengan perkara yang berfaedah. Paling penting, solat dan mengaji jangan ditinggalkan. Rajin-rajinlah membaca buku terutama yang akan memasuki tahun 1 tahun hadapan. Hindarilah dari melakukan perkara yang merbahaya dan bermain air banjir.


Pihak TNIAS mengucapkan Selamat Bercuti.

Wasalam.



Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Monday, November 5, 2012

Corat-coret Majlis Ihtifal & Hari Penyampaian Hadiah 2012

Assalamualaikum
Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah dengan izinNya Majlis Ihtifal kami tahun ini telah selesai dan berjalan dengan lancar. Walaupun ada sedikit masalah teknikal tapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk menjayakan Majlis Ihtifal ini.

Majlis berlangsung di Auditorium Taman Budaya, Kuala Ibai (di bawah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu). Ramai yang terkeliru dengan TER (Terengganu Equestrian Resort) kerana Auditorium ini berada bersebelahan dengan TER. Ada juga ibu bapa  yang terlajak pergi ke TER....

Majlis bermula pada jam 9.15 pagi dengan pembukaan oleh bacaan Al-Quran oleh Adik U'mair. U'mair membaca surah Luqman ayat 1-11.
Kemudian diikuti dengan hafalan Al-Quran dan bacaan Al-Quran serta terjemahan dalam Bahasa Melayu & English. Mereka yang terpilih adalah terdiri daripada anak-anak Tahap 2 Uthman yang menyertai kelas Iqra'

Selepas itu ucapan dari pengasas TNIAS, guru besar TNIAS dan wakil pelajar TNIAS. Wakil pelajar TNIAS pada tahun ini ialah adik Haziq Shameel. Amat mengharukan kerana adik Shameel  begitu bersemangat untuk menjayakan majlis ihtifal kali ini kerana pada masa ini beliau masih lagi menerima rawatan di hospital.
Persembahan setiap kelas Tahap 2 dan anak2 Transit Care yang berumur 5 tahun dipersembahkan kepada hadirin.
persembahan nasyid dari 2 Abu Bakar

deklamasi sajak
senamrobik anak2 Transit Care

Choral speaking - 2 Umar
pentomen - 2 Uthman
Acara persembahan diselang selikan dengan penyampaian Sijil Tamat Tadika dan juga Hadiah Kecemerlangan. 

Pada tahun ini, terdapat 2 anak yang berjaya menggondol anugerah Pelajar Mithali. Anugerah ini dinilai berdasarkan pencapaian keseluruhan anak- anak ini mengikut tahap masing-masing. Jika mereka  berjaya mendapat 3 atau lebih anugerah kecemerlangan, maka mereka layak dianugerahkan Pelajar Mithali.

Anak yang berjaya adalah Adik U'mair bin Sanadi. Beliau merupakan Pelajar Terbaik Tahap 2 (Lelaki), Pelajar Terbaik Hafalan Al-Quran dan Pelajar Terbaik Kelas Iqra'. Seorang lagi adalah adik Insyirah Husna binti Mohd Romzi. Beliau juga mendapat hadiah Pelajar Terbaik Tahap1 (Perempuan), Pelajar Terbaik Hafalan Al-Quran dan Pelajar Terbaik Kelas Iqra'.

Bakal menyusul...VIDEO PERSEMBAHAN ANAK2 .... tungguuuuu.......!!!

Wasalam.


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Friday, October 19, 2012

Doa untuk Anak-anak

Assalamualaikum
Doa-doa yang elok diamalkan oleh ibu bapa




 Sumber : Ustazah Sharifah Hamadiah bt Syed Husin
                 Pensyarah Fakulti Bahasa Arab dan Pengajian Islam, UNISZA


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Thursday, October 18, 2012

Rahsia Mendidik Anak Soleh Yang Cemerlang - Part 2/2

Assalamualaikum
Slot ke 2 Program bual bicara.
Slot 1 baca sini 

Slot ke 2 : Penceramah : Ustazah Sharifah Hamadiah binti Syed Husin
                                    Pensyarah Pengajian Islam dan Bahasa Arab UNISZA
                 Tajuk : Rahsia Mendidik Anak Soleh Yang Cemerlang

  • Tugas mendidik adalah tugas semua orang.
  • Allah SWT menyuruh kita untuk menjadi manusia yang baik.
  • Tugas kita adalah memakmurkan alam.
  • Sebelum mendidik anak, kita sebagai ibu bapa perlu mendidik diri terlebih dahulu.
  • Ia bermula dengan mencari pasangan yang baik untuk kita
  • Akhlak Rasulullah SAW adalah Al Quran kerana apa yang disuruh dalam Al Quran adalah akhlak Rasulullah SAW
  • Ibu hendaklah sentiasa mendekati Allah dan AlQuran baru jiwa dan hati rasa tenang dan seterusnya dapat menbimbing anak dengan baik
  • Hendaklah sentiasa berdoa untuk anak
  • Cara  terbaik pegang ubun-ubun atau belakang anak untuk menenangkan anak @ lembutkan hati anak
  • Memberi nama yang baik untuk anak sepertimana Sabda Rasulullah saw ,
 “Sesungguhnya kamu semua akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, perelokkanlah nama-nama kamu.” 
(Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

  • Mengakikahkan anak (dikatakan salah satu sumber penyakit adalah kerana keabaian akikah)   
"Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." 
 (Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
  • Amalkan sunat dhuha memohon kemurahan rezeki, kesihatan yang baik, masa yang mencukupi dan sebagainya.
  • Akidah mesti kuat - akhlak bagus - makan/minum jaga
  • Mesti hormat ibu bapa & guru
  • Kesedaran dan tanggungjawab pada diri, jujur pada diri
  • Selalu berdoa, bertawakal
  • Mesti ada ilmu, ada amal, ada ikhlas dan ada doa

Doa dari seorang ibu
"Anakku, ibu berdoa agar kamu menyambung amalan andai ibu tiada lagi. kerana doa kamu akan menyelamatkan ibu di alam sana."


Sekian. Wasalam.

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Friday, October 12, 2012

Rahsia Mendidik Anak Soleh yang Cemerlang - Part 1/2

Assalamualaikum
Tarikh : 6/10/2012
Tempat : Pejabat Pertubuhan IKRAM Terengganu
Anjuran : Wanita IKRAM Kuala Terengganu
Tajuk : RAHSIA MENDIDIK ANAK SOLEH YANG CEMERLANG
Penceramah : 1. Prof Madya Dr Rohayah binti Husain
                       2. Ustazah Sharifah Hamadiah binti Syed Husin

Program ini bermula dengan bacaan ayat suci Al Quran oleh Ustazah Ramlah. Beliau membaca Surah Luqman ayat 12-21.

Slot 1 : KOMUNIKASI IBU DAN ANAK, 5 Bahasa kasih sayang anak
Oleh Prof Madya Dr Rohayah binti Husain
Pensyarah Perubatan UNISZA, Pakar Psikiatri

Gambar hiasan
1.Sentuhan Fizikal

- berupa ciuman, pelukan dan belaian
- ibu perlu mengenal pasti bahasa sentuhan fizikal anak-anak seperti suka mencuit, memeluk, memegang bantal busuk, anak patung
- Setelah mendisiplin anak, sentuh dan peluk dia untuk mengesahkan kasih sayang sebagai asas teguran
- banyakkan pelukan.sentuhan biarpun anak sudah remaja

http://school.discoveryeducation.com
2. Perkataan Afirmitif
 - Anas bin Malik R.A berkata bahawa Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kanak-kanak lalu memberi salam (HR Muslim)

- adalah kata-kata pujian, galakan, bimbingan
- beri pujian spesifik kepada perbuatan positif yang dilakukan anak
- bila mereka silap, nyatakan bahawa kita faham kenapa anak melakukan demikian dan jelaskan kepada anak perkara yang sepatutnya mereka lakukan

http://dhinnz.multiply.com



3. Masa Berkualiti
- luangkan masa bersama mereka
- apa yang dibuat tidak penting, yang penting dibuat bersama
- bercerita kepada anak-anak, pandang mata anak ketika bercerita
- layan anak berbual
- belajar menceriakan anak dengan diri kita, bukannya mainan






Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Friday, October 5, 2012

Bicara : Rahsia Mendidik Anak Soleh Yang Cemerlang

Assalamualaikum
Para ibu dijemput hadir.
Wasalam..

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Tuesday, September 25, 2012

Terima Kasih

Assalamualaikum
Petikan dari buku "BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN. KAEDAH TRANSFORMASI MINDA" oleh Prof Dr Muhaya Hj Mohamad. M.D, PH.D
1. Berterima kasih kepada orang yang menyakiti hati kita kerana dialah yang membuatkan kita rasa tabah. Apabila orang sakitkan hati kita dengan tidak bertegur sapa, maka kita patut bersyukur kerana sikapnya mengajar kita erti ketabahan.
www.iluvislam.com
2. Berterima kasih kepada orang yang pernah menipu kita kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita supaya lebih berwaspada di lain masa.

3. Berterima kasih kepada orang yang tidak mengendahkan diri kita kerana dialah yang memupuk diri dan jiwa kita untuk berdikari.
Pupuklah rasa bahagia dengan berfikiran positif. Apabila kita fokus untuk mencari keredhaan Allah, jika tiada ramai kawan sekalipun kita tidak akan rasa tertekan kerana yakin cukuplah Allah SWT bersama kita.
www.iluvislam.com
Banyak lagi panduan dan tips yang berguna dapat diperolehi melalui buku ini. Rugi kalau tidak membacanya.
Apalagi.... dapatkan buku ini sekarang! (Chewahhh.... macam promoter lak promote buku ni....he..he..he..)

Sekian. Wasalam.

"Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim"

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Monday, September 10, 2012

TERKINI 10/9/2012 - PENDAFTARAN TNIAS 2013

Assalamualaikum
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi kemasukan ke Tadika Nurul Iman As-Siddiq bagi sessi 2013 telah ditutup mulai hari ini.

Sekian. Harap maklum.
Wasalam.

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Friday, September 7, 2012

MAKLUMAN TERKINI PENDAFTARAN TADIKA SESSI 2013

Assalamualaikum

Makluman kepada semua, sehingga tarikh ini, pendaftaran untuk memasuki Tadika Nurul Iman As-Siddiq untuk sessi 2013 hanya terbuka untuk anak-anak berumur 6 tahun dan 5 tahun seperti berikut :
* Anak umur 6 tahun - 4 kekosongan
* Anak umur 5 tahun - 5 kekosongan
Kekosongan ini hanya untuk sessi Tadika sahaja ( 8.30pg - 12.00 tgh)


Kelas Iqra'  bagi anak-anak berumur 5 tahun & 6 tahun telah penuh. Begitu juga dengan Transit Care bagi anak-anak berumur 4, 5 & 6 tahun, penuh.

Harap maklum.

Wasalam.


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Saturday, September 1, 2012

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Assalamualaikum

TNIAS mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 55. Semoga negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan kita sebagai rakyat Malaysia umumnya dan orang Islam khususnya berusaha untuk berpegang teguh pada ajaran Islam.

Sempena hari raya dan sambutan kemerdekaan, pada 30/8/2012 (Khamis), anak-anak TNIAS telah mengadakan sambutan Aidilfitri & Kemerdekaan.
Dua hari sebelum sambutan diadakan, anak-anak mewarna bendera Malaysia.

mewarna bendera Malaysia

menggunting
lekat pada batang lidi

tadaa...!! dah siap
Pada hari sambutan Aidilfitri & Merdeka, selepas solat sunat (aktiviti wajib yang dilakukan setiap hari oleh anak-anak TNIAS sebelum kelas bermula) anak-anak dihidangkan dengan aiskrim.

Sementara itu, semua 'teacher' menyediakan juadah kuih raya yang telah dibawa oleh anak-anak.


anak-anak tahap 1
di bangunan tahap 1

di kantin bangunan tahap 2

hmm... nak makan apa yer.. Subhanallah banyak sangat pilihan kuih
Selepas itu, anak-anak berkumpul di ruang solat untuk mendengar cerita dan fakta tentang merdeka dan negara Malaysia.
tekun mendengar

mengibar jalur gemilang
 Kemudian soalan kuiz berkaitan negara Malaysia diajukan kepada anak-anak.
masing-masing ingin menjawab

syabas kepada yang berjaya menjawab kuiz dengan betul

penghargaan kepada anak-anak  yang berjaya puasa penuh
 Sekitar majlis sambutan Aidilfitri & Merdeka







Sekian. Wasalam.

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim