Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Wednesday, November 28, 2012

Video Persembahan Ihtifal 2012

Assalamualaikum
Persembahan kelas 2 Abu Bakar dan Kelas 2 Umar telah di'upload' di youtube.
Semoga terhibur.




Akan datang.... persembahan Kelas 2 Uthman, Transit Care & Sajak

Sekian. Wasalam.


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Sunday, November 25, 2012

Pesanan Luqman Hakim kepada anaknya

Assalamualaikum
Surah Luqman merupakan surah yang ke 31 di dalam Al Quran dan mengandungi 34 ayat.

Luqman Hakim merupakan seorang yang bijaksana. Beliau sentiasa memerhati haiwan dan tumbuhan disekitarnya dan cuba untuk memahami dunia berdasarkan apa yang dilihatnya. Satu hari, ketika beliau tidur di bawah pokok, malaikat datang dan menyatakan bahawa Allah hendak menganugerahkan beliau sama ada menjadi bijak pandai atau raja. Luqman memilih bijak pandai dan apabila beliau tersedar dari tidur dan menyedari apa yang berlaku. Beliau memahami apa yang berlaku dan mendapat jawapan tentang semua persoalannya berkenaan alam di sekelilingnya. Beliau bersujud dan memuji Allah atas anugerah tersebut. (sumber wikipedia klik sini)

Pesanan beliau kepada anaknya terdapat di dalam surah Luqman, ayat 13-19.
1. Oh anakku, tiada lain yang patut disembah melainkan Allah, kerana memuja berhala adalah satu dosa yang keji.

2. Anakku, Allah akan mendedahkan semua perkara sama ada ia sebesar biji sawi, sama ada ia tersorok di dalam batu atau di langit dan bumi. Allah Maha Pengampun dan Maha Mengetahui

3. Anakku, berdoalah selalu

4. Hendaklah bersabar dengan apa yang berlaku kepada.Itu adalah tanggungjawab manusia (nasihat Luqman mengenai bercakap menegakkan keadilan dan mencegah kejahatan)
5. Jangan menghina sesama manusia.
6. Jangan bersikap sombong dan bangga diri di bumi Allah ini.
gambar hiasan
7. Tuhan tidak menyukai orang yang angkuh dan bercakap besar. Kamu hendaklah bersikap sederhana.
8. Sentiasa merendahkan suaramu. Suara yang paling kasar ialah ringkikan suara keldai. ( hendaklah sentiasa bersopan santun)
gambar hiasan

(sumber : Himpunan Cerita Teladan di dalam Al Quran untuk Kanak Kanak, penterjemah Azwar Abdul Manan)
Wasalam.

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Friday, November 23, 2012

Gambar penerima sijil & hadiah majlis Ihtifal 2012

Assalamualaikum
Sementara menunggu video persembahan majlis Ihtifal & Hari Penyampaian Hadiah TNIAS 2012 di'upload' dalam youtube, mari kita lihat lagi gambar-gambar di Majlis Ihtifal 2012.
terbaik kelas Iqra' tahap 1

terbaik kelas Iqra' tahap 2

terbaik kelas iqra' tahap 2

hadiah puasa penuh

terbaik dalam kelas

sijil graduasi

sijil graduasi

sijil graduasi

sijil graduasi

cabutan bertuah
Sekian. Wasalam.


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Wednesday, November 14, 2012

YEAY! YEAY! CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum

Cuti sekolah adalah cuti yang sangat dinanti-nanti oleh anak-anak (... teacher jugak... hehehe...). Diharap anak-anak dapat menggunakan masa cuti sekolah ini dengan perkara yang berfaedah. Paling penting, solat dan mengaji jangan ditinggalkan. Rajin-rajinlah membaca buku terutama yang akan memasuki tahun 1 tahun hadapan. Hindarilah dari melakukan perkara yang merbahaya dan bermain air banjir.


Pihak TNIAS mengucapkan Selamat Bercuti.

Wasalam.



Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Monday, November 5, 2012

Corat-coret Majlis Ihtifal & Hari Penyampaian Hadiah 2012

Assalamualaikum
Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah dengan izinNya Majlis Ihtifal kami tahun ini telah selesai dan berjalan dengan lancar. Walaupun ada sedikit masalah teknikal tapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk menjayakan Majlis Ihtifal ini.

Majlis berlangsung di Auditorium Taman Budaya, Kuala Ibai (di bawah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu). Ramai yang terkeliru dengan TER (Terengganu Equestrian Resort) kerana Auditorium ini berada bersebelahan dengan TER. Ada juga ibu bapa  yang terlajak pergi ke TER....

Majlis bermula pada jam 9.15 pagi dengan pembukaan oleh bacaan Al-Quran oleh Adik U'mair. U'mair membaca surah Luqman ayat 1-11.
Kemudian diikuti dengan hafalan Al-Quran dan bacaan Al-Quran serta terjemahan dalam Bahasa Melayu & English. Mereka yang terpilih adalah terdiri daripada anak-anak Tahap 2 Uthman yang menyertai kelas Iqra'

Selepas itu ucapan dari pengasas TNIAS, guru besar TNIAS dan wakil pelajar TNIAS. Wakil pelajar TNIAS pada tahun ini ialah adik Haziq Shameel. Amat mengharukan kerana adik Shameel  begitu bersemangat untuk menjayakan majlis ihtifal kali ini kerana pada masa ini beliau masih lagi menerima rawatan di hospital.
Persembahan setiap kelas Tahap 2 dan anak2 Transit Care yang berumur 5 tahun dipersembahkan kepada hadirin.
persembahan nasyid dari 2 Abu Bakar

deklamasi sajak
senamrobik anak2 Transit Care

Choral speaking - 2 Umar
pentomen - 2 Uthman
Acara persembahan diselang selikan dengan penyampaian Sijil Tamat Tadika dan juga Hadiah Kecemerlangan. 

Pada tahun ini, terdapat 2 anak yang berjaya menggondol anugerah Pelajar Mithali. Anugerah ini dinilai berdasarkan pencapaian keseluruhan anak- anak ini mengikut tahap masing-masing. Jika mereka  berjaya mendapat 3 atau lebih anugerah kecemerlangan, maka mereka layak dianugerahkan Pelajar Mithali.

Anak yang berjaya adalah Adik U'mair bin Sanadi. Beliau merupakan Pelajar Terbaik Tahap 2 (Lelaki), Pelajar Terbaik Hafalan Al-Quran dan Pelajar Terbaik Kelas Iqra'. Seorang lagi adalah adik Insyirah Husna binti Mohd Romzi. Beliau juga mendapat hadiah Pelajar Terbaik Tahap1 (Perempuan), Pelajar Terbaik Hafalan Al-Quran dan Pelajar Terbaik Kelas Iqra'.

Bakal menyusul...VIDEO PERSEMBAHAN ANAK2 .... tungguuuuu.......!!!

Wasalam.


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim