Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Wednesday, December 28, 2011

Hari Suaikenal TNIAS - 1 & 2hb. Jan 2012

Assalamualaikum

Entri saya pada kali ini adalah berkenaan dengan hari Suaikenal TNIAS yang akan diadakan pada tarikh tersebut di atas. Seperti tahun-tahun sebelum ini, tadika kami akan menjalankan hari Suaikenal ini 2 hari lebih awal dari tarikh persekolahan sebenar. Bagi sessi 2012, sessi persekolahan sebenar  bermula pada 3hb. Januari 2012.

Tujuan diadakan hari Suaikenal adalah :

1. memberi peluang kepada anak-anak untuk mengenali tadika, guru-guru dan kawan-kawan sekelasnya

2. tempoh selama 1jam setengah selama 2 hari dirasakan adalah sesuai bagi anak-anak terutamanya  yang berumur 4 & 5 tahun untuk mengenali dan membiasakan diri dengan persekitaran tadika & kawan-kawan. Jika terlalu lama, mereka akan merasa ditinggalkan oleh ibu bapa.

3. Yang paling penting, pihak kami ingin memberi peluang kepada ibu bapa menguruskan kemasukan abang @ kakak di sekolah rendah terutamanya yang akan memasuki darjah 1.

4. Transit care tidak dibuka pada hari tersebut di atas adalah kerana  hari tersebut bukan hari persekolahan sebenar dan juga kerana tujuan no. 2 di atas.

Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap pihak tuan/puan ibu bapa & penjaga mengambil perhatian atas perkara ini. Jika pihak tuan/puan ibu bapa & penjaga  mempunyai masalah atau kesulitan untuk menghantar anak2 pada tarikh tersebut di atas, pihak kami memahaminya.

Sekian. Terima kasih.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim