Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Wednesday, March 14, 2012

Mohon kemasukan murid tahun satu 2013 & 2014

AKHBAR SINAR HARIAN :6 FEBRUARI 2012

KUALA TERENGGANU – Permohonan penempatan murid ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal dua tahun sebelum mula bersekolah.
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Hashim Mohd Zin melalui kenyataannya kepada Sinar Harian berkata, penempatan kemasukan murid tahun satu bagi sesi 2013 dan 2014 akan bermula pada 1 Mac hingga 30 April 2012 di sekolah yang dimohon.
Menurutnya, permohonan penempatan tersebut adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007, bagi tahun persekolahan 2013 dan 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008 untuk tahun 2014.
“Semua urusan permohonan penempatan hendaklah dilaksanakan di peringkat sekolah mulai 1 Mac 2012 hingga 30 April 2012 pada hari bekerja dan waktu pejabat di sekolah yang dimohon.
“Ibu bapa atau penjaga perlu membawa sijil kelahiran kanak-kanak (salinan asal dan fotostat) dan juga bukti alamat tempat tinggal dengan membawa bil elektrik atau air atau dokumen lain yang berkenaan semasa pendaftaran,” katanya.


Menurutnya, bagi kanak-kanak cacat penglihatan/pendengaran dan bermasalah pembelajaran, mereka perlu menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum pendaftaran dilakukan, di mana borang-borang pemeriksaan tersebut boleh didapati di Unit Pendidikan Khas, JPNT.
“Bagi permohonan penempatan kanak-kanak bukan warganegara bagi tahun 2013 pula, permohonan perlu dilakukan di JPNT selepas 1 Oktober 2012,” katanya.
Hashim berkata, setiap borang permohonan diisi dengan tiga salinan dan disertakan dua salinan sijil kelahiran kanak-kanak, dua salinan kad pengenalan ibu bapa, dua salinan pasport anak dan ibu bapa.
Katanya, jika ibu bapa bekerja di Malaysia, sertakan salinan pas pengajian yang sah, salinan pas tanggungan (anak/ibu) dan salinan surat majikan (semua dua salinan).
“Jika permohonan bukan daripada ibu bapa murid, sertakan salinan sijil lahir, salinan kad pengenalan murid dan ibu bapa, salinan pasport murid dan ibu bapa serta salinan surat keterangan hubungan dengan kanak-kanak tersebut.
“Kesemuanya dalam dua salinan dengan mendapatkan pengesahan Guru Besar. Borang dan keterangan lanjut boleh berhubung dengan Unit Perhubungan dan Pendaftaran, JPNT,” katanya.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim