Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Friday, April 27, 2012

Lawatan ke PPAT (Library)

Assalamualaikum
Semalam 26hb. April 2012, TNIAS telah mengadakan lawatan luar bagi anak-anak Tahap Pra (4 tahun) ke Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. (PPAT)
Anak-anak seramai 35 orang dan diiringi 6 orang guru pergi dengan menaiki bas yang ditaja oleh ibu bekas pelajar TNIAS. Rombongan bertolak pada jam 9.45 pagi dan pulang ke tadika tepat jam 12.00 tengahari.
Di PPAT, aktiviti suaikenal, bercerita dan bermain dengan permainan  yang terdapat di PPAT diadakan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan anak-anak pun riang dan gembira dengan aktiviti ini.
Pihak TNIAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPAT yang sudi menerima kehadiran kami.
Untuk makluman ibubapa, lawatan bagi anak-anak tahap 1 (5 tahun) dan tahap 2 (6 tahun) akan dimaklumkan kemudian.
Berikut adalah gambar-gambar di PPAT.
bersiap sedia sebelum menaiki bas

story time...





'ralit' mendengar cerita
bekerjasama menyelesaikan puzzle
kerja berkumpulan
cantik!! dekorasi bilik aktiviti
asyiknya bermain
seronok bermain bersama kakitangan PPAT
terima kasih daun keladi kerana sudi menerima kehadiran kami

Wasalam.
Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim