Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Monday, April 22, 2013

Pembinaan Keperibadian Anak - PEMBINAAN AQIDAH

Assalamualaikum
Pada entry yang lepas saya telah memberi pecahan berkaitan dengan pembinaan keperibadian anak dari 2 tahun hingga baligh klik sini

Hari ini saya ringkaskan berkaitan Pembinaan Aqidah.
Segala isi kandungan adalah saya rujuk sepenuhnya dari buku MENDIDIK ANAK BERSAMA NABI (Panduan Lengkap Pendidikan Anak Disertai Teladan Kehidupan Para Salaf) oleh Muhammad Suwaid, diterjemah oleh Salafudin Abu Sayyid.
boleh beli secara online di website ini

6 perkara dalam Rukun Iman ialah Percaya kepada Allah, Percaya Kepada Malaikat, Percaya kepada Kitab, Percaya kepada Rasul, Percaya kepada Hari Kiamat dan Percaya kepada Qada' & Qadar. Semua ini adalah perkara yang ghaib dan bagaiamanakah kita sebagai ibubapa hendak menyampaikan kepada anak-anak berkenaan perkara ini. Melalui hasil kajian terhadap cara Nabi Muhammad saw bergaul dengan anak-anak penulis merumuskan 5 perkara utama  untuk menanam aqidah kepada anak-anak kita.


Imam Ghazali telah menekankan untuk memberi perhatian terhadap aqidah anak dan mengajarnya sejak dari kecil agar mereka boleh membesar atas aqidah itu. Beliau mengatakan "Ketahuilah bahawa apa yang telah kami sebutkan dalam menjelaskan aqidah yang diberikan kepada anak di awal perkembangannya agar dia boleh menghafalkannya sehingga makna-maknanya kelak di masa dewasa akan terungkap sedikit demi sedikit."

Langkah pertama adalah memberikan hafalan, kemudian pemahaman, kemudian kepercayaan (i'tiqad), keyakinan dan pembenaran.

Imam Ghazali menjelaskan lagi " Cara menanamkan keyakinan ini bukanlah dengan mengajarkan keterampilan berdebat dan bertelingkah akan tetapi caranya adala menyibukkan diri dengan membaca Al-Quran dan tafsirnya, membaca hadis dan makna-maknanya, serta sibuk dengan tugas-tugas ibadah. Dengan demikian kepercayaan dan keyakinan anak terus akan terus bertambah kukuh seiring dengan semakin seringnya dalil-dalil Al-Quran yang didengar olehnya dan juga sesuai dengan berbagai faedah yang boleh diperik darinya. Ini ditambah lagi oleh cahaya-cahaya ibadah dan amalan-amalan yang dikerjakannya yang akan semakin memperkuat itu semua."

 1. Mengajar Kalimah Tauhid kepada Anak
Hakim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi saw bersabda :
"Ajarkan kalimat La Ilaha illallah  sebagai kalimat pertama dan tuntunkanlah mereka (mengucapkan) La Ilaha illal-Lah ketika menjelang mati"

Ibnul Qayyim dalam kitab Ahkam Al-Maulud mengatakan
" Di awal waktu ketika anak-anak mula pandai bercakap, hendaklah mengajarkan mereka kalimat La Ilaha illahLah  Muhammad Rasulullah, dan hendaklah sesuatu yang pertama kali didengar oleh telinga mereka adalah La Ilaha illalLah dan mentauhidkan-Nya. Juga diajarkan kepada mereka bahwa Allah sentiasa melihat dan mendengar perkataan mereka dan  senantiasa bersama dengan mereka walau di mana pun mereka berada."

2. Mencintai Allah dan merasa diawasi olah-Nya, memohon pertolongan kepada-Nya serta Iman kepada Qada' dan Qadar

3. Menanamkan kecintaan kepada Nabi saw
Antara caranya adalah dengan mencintai apa yang dicintai Nabi, mengikut contoh dan akhlak Nabi, menghafal hadis-hadis Nabi dan mengajarkan sirah Nabi kepada anak-anak.

4. Mengajarkan Al-Quran kepada anak
Ibnu Sina mengatakan
" Jika seorang anak sudah boleh dilatih dan boleh mendengar dengan baik, maka mulailah diajarkan Al-Quran kepada mereka, dimulai dengan mengenalkan huruf hijaiyah dan selanjutnya diajarkan ajaran-ajaran agama."

5. Menanamkan Aqidah yang Kuat dan Kerelaan berkorban kerananya.

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim