Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Saturday, October 29, 2011

LAPORAN PENILAIAN DAN HARI IHTIFAL 2011

Sessi penilaian anak-anak telah pun selesai hari Khamis lepas (27/10/11). Mulai esok 'teachers' akan mula sibuk dengan mengemaskini rekod anak-anak. Minggu ini juga akan diketahui siapa pelajar yang cemerlang di dalam kelas dan tahap masing-masing.

Majlis penyampaian hadiah dan hari Ihtifal juga akan berlangsung tidak lama lagi. Dalam masa 2 minggu lagi iaitu pada 12/11/11. Selain sibuk mengemaskini fail dan rekod anak-anak, latihan untuk persembahan ihtifal juga giat dijalankan.

Antara aksi-aksi yang sempat dirakam ketika latihan awal bulan ini.

persembahan anak2 transit care - 5 tahun


bersungguh-sungguh & penuh semangat

menguasai semua 'step' yang diajar

menyaksikan persembahan kawan-kawan.

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim