Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Thursday, October 13, 2011

PENDAFTARAN 2012

Assalamualaikum

Pendaftaran bagi tahun 2012.

1. Umur 4, 5 & 6 tahun

2. Ibu bapa boleh memilih pakej :
a. Kelas tadika sahaja (8.30pg-12.00 tgh)
b. Kelas Tadika+Kelas Iqra' (8.30pg-1.15 tgh)
c. Kelas Tadika+Kelas Iqra'+Transit Care (8.30pg-5.45ptg)
d. Kelas Tadika+Transit Care (8.30pg-5.45ptg)

3. Bagi anak-anak 4 tahun, pihak kami menerima yang masih pakai pampers dan minum susu dalam botol. Dalam tempoh 3 bulan pertama, pihak kami dengan kerjasama ibu bapa akan melatih anak-anak untuk tidak memakai pampers dan meminum susu dalam botol. Insya Allah. Namun demikian, adalah digalakkan ibu bapa melatih anak-anak tersebut lebih awal.

4. Sebarang kemusykilan, bolehlah melawat tadika kami pada waktu pejabat - 8.30 pagi-5.00 petang (rehat 2.15ptg-3.15ptg)


Pihak Tadika Nurul Iman As-Siddiq (TNIAS) akan mengadakan hari Pengesahan Pendaftaran dan Pembayaran Yuran bagi sessi persekolahan 2012 sebagaimana berikut :

Tarikh : 5hb & 6hb Disember 2011 (Isnin &Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Bangunan Tahap 2

Semoga ibu bapa dapat memberi kerjasama untuk datang pada tarikh & waktu yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang masalah & kemusykilan bolehlah menghubungi kami.
KERJASAMA ADALAH AMAT DIHARAPKAN BAGI MELANCARKAN URUSAN  PEMBAHAGIAN KELAS & TUGASAN GURU.

* Kepada ibu bapa yang berminat tetapi belum mengisi borang, pendaftaran juga boleh dilakukan pada hari tersebut bergantung kepada kekosongan yang ada.

Terima kasih.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim