Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Friday, November 18, 2011

Renung Sejenak

Sementara menunggu gambar-gambar persembahan  pada hari Ihtifal 2011 dapat di'upload' , marilah kita renung sejenak petikan ini. Semoga kita dapat mendapat manfaat dan dapat juga menjawab soalan 'cepumas' yang anak-anak kita ajukan kepada kita.

Petikan ini saya ambil dari buku "Indahnya Hidup Bersyariat" tulisan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGETAHUI KEWUJUDAN ALLAH?

Kita andaikan begini, sekiranya kita melihat sebuah kereta yang sedang meluncur laju, sudah tentu kita percaya dan yakin bahawa ada pemandu yang memandu kereta tersebut.
Sekiranya tiada pemandu, sudah pasti kereta tersebut tidak akan meluncur dan bergerak dengan baik di atas jalan raya.

Begitu juga dengan Allah, Dia-lah yang menggerakkan matahari, bulan dan bintang. Dia-lah yang menggantikan malam dan siang serta mencipta semua makhluk di muka bumi ini.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim