Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Monday, November 5, 2012

Corat-coret Majlis Ihtifal & Hari Penyampaian Hadiah 2012

Assalamualaikum
Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah dengan izinNya Majlis Ihtifal kami tahun ini telah selesai dan berjalan dengan lancar. Walaupun ada sedikit masalah teknikal tapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk menjayakan Majlis Ihtifal ini.

Majlis berlangsung di Auditorium Taman Budaya, Kuala Ibai (di bawah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu). Ramai yang terkeliru dengan TER (Terengganu Equestrian Resort) kerana Auditorium ini berada bersebelahan dengan TER. Ada juga ibu bapa  yang terlajak pergi ke TER....

Majlis bermula pada jam 9.15 pagi dengan pembukaan oleh bacaan Al-Quran oleh Adik U'mair. U'mair membaca surah Luqman ayat 1-11.
Kemudian diikuti dengan hafalan Al-Quran dan bacaan Al-Quran serta terjemahan dalam Bahasa Melayu & English. Mereka yang terpilih adalah terdiri daripada anak-anak Tahap 2 Uthman yang menyertai kelas Iqra'

Selepas itu ucapan dari pengasas TNIAS, guru besar TNIAS dan wakil pelajar TNIAS. Wakil pelajar TNIAS pada tahun ini ialah adik Haziq Shameel. Amat mengharukan kerana adik Shameel  begitu bersemangat untuk menjayakan majlis ihtifal kali ini kerana pada masa ini beliau masih lagi menerima rawatan di hospital.
Persembahan setiap kelas Tahap 2 dan anak2 Transit Care yang berumur 5 tahun dipersembahkan kepada hadirin.
persembahan nasyid dari 2 Abu Bakar

deklamasi sajak
senamrobik anak2 Transit Care

Choral speaking - 2 Umar
pentomen - 2 Uthman
Acara persembahan diselang selikan dengan penyampaian Sijil Tamat Tadika dan juga Hadiah Kecemerlangan. 

Pada tahun ini, terdapat 2 anak yang berjaya menggondol anugerah Pelajar Mithali. Anugerah ini dinilai berdasarkan pencapaian keseluruhan anak- anak ini mengikut tahap masing-masing. Jika mereka  berjaya mendapat 3 atau lebih anugerah kecemerlangan, maka mereka layak dianugerahkan Pelajar Mithali.

Anak yang berjaya adalah Adik U'mair bin Sanadi. Beliau merupakan Pelajar Terbaik Tahap 2 (Lelaki), Pelajar Terbaik Hafalan Al-Quran dan Pelajar Terbaik Kelas Iqra'. Seorang lagi adalah adik Insyirah Husna binti Mohd Romzi. Beliau juga mendapat hadiah Pelajar Terbaik Tahap1 (Perempuan), Pelajar Terbaik Hafalan Al-Quran dan Pelajar Terbaik Kelas Iqra'.

Bakal menyusul...VIDEO PERSEMBAHAN ANAK2 .... tungguuuuu.......!!!

Wasalam.


Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim