Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Saturday, February 4, 2012

Bagaimana memupuk cinta kepada Rasulullah saw kepada anak-anak

Assalamualaikum
12 Rabiulawal 1433H bersamaan 5 Februari 2012 (Ahad) kita akan menyambut Maulidur  Rasul bagi mengenang hari kelahiran Nabi Muhammad saw.
Anak-anak TNIAS diajar bernasyid lagu Nabi Muhammad saw : antara lirik nasyid
Nabi Muhammad lahir di Mekah
Subuh Isnin Tahun Gajah
Bapanya bernama Abdullah
Ibunya Aminah ...............
Nasyid ini antara nasyid yang sentiasa dinyanyikan semasa tazkirah. Dalam matapelajaran Sirah juga diajar berkenaan Rasulullah saw.
Pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat TNIAS juga diceritakan kepada anak-anak tentang kelahiran Rasulullah saw dan  contoh teladan yang patut diikuti.

Ibu bapa juga bertanggunjawab memupuk kecintaan anak-anak kepada Rasulullah. Menurut Dr Robiah K. Hamzah, dalam Majalah Anis Feb 2012, beliau menyarankan agar anak-anak dididik sedari kecil untuk memahami bahawa manusia yang paling utama perlu dicintai adalah Rasulullah saw.  Jangan ajar anak mengkaji dan membaca sejarah tentang Baginda sama seperti sejarah yang lain. Ibu bapa bukan sahaja perlu menceritakan sirah Rasulullah tetapi perlu mengenalkan karektor Rasulullah saw seperti cara Baginda saw makan, bercakap, tidur dan sebagainya.
Disamping itu, sematkan di dalam hati anak-anak, andainya mereka jujur, ikhlas, santun sebagainya sepertimana Rasulullah saw, maka di akhirat kelak mereka pasti dapat bersama-sama Baginda syurga yang hakiki.

Tanggungjawab umat Islam terhadap Rasulullah saw :
Selepas kita mengenali Rasulullah saw, sudah pasti timbul perasaan, cinta dan rindu kepadanya. Antara perkara asas ialah :
  • Beriman dengan risalah dan mubuwwah Rasulullah saw
  • Mengikut dan mematuhhi perintah dan suruhannya
  • Merindui dan mengkaji sirah dan sunnahnya
  • Tidak menetang syariatnya
  • Menziarahi makam Rasulullah saw san masjidnya
  • Memperbanyakkan selawat dan salam ke atasnya
  • Menyebarkan sunnahnya
  • Mengasihi dan mencintai Rasulullah saw hendaklah melebihi daripada ayahnya, anaknya dan semua orang
  • Menjadikannya sebagai panduan dan contoh suri teladan dalam kehidupan. Hal ini berdasarkan firman Allah swt : "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pad diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" (Al-Ahzab 33:21) 
Sumber : Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Majalah Anis, Februari 2012

Marilah kita sama-sama memupuk sifat cintakan Rasulullah saw di hati kita dan anak-anak kita. Semoga kita semua memperoleh syafaat di akhirat kelak.
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim