Blog Ini

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan Tadika Nurul Iman As-Siddiq, Kuala Terengganu Disamping itu berkongsi ilmu berkaitan dengan pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah.

Tuesday, February 14, 2012

Ringkasan dari Tanyalah Ustazah - Ibu Alaf Baru

Assalamualaikum
Berikut adalah rumusan dari tajuk Ibu Alaf Baru dalam rancangan Tanyalah Ustazah TV9.
 1. Kita mudah untuk berubah kalau kita niatkan perubahan kita ini adalah kerana Allah swt.

2. Ada 4 tanggungjawab ibu kepada anak2
a.       Keperluan fizikal – makan, minum
b.      Keperluan emosi – jaga perasaan, tutur kata, adab
c.       Keperluan intelek - belajar
d.      Keperluan spiritual (bekalan rohani)
3.       Kata alim ulama’ – untuk mendidik manusia, orang yang mendidik mesti kuat hubungan dengan Allah.
4.       Ibu ibarat pendakwah @ guru kepada anak-anak.
5.       Seorang guru perlu ada tingkahlaku yang baik, berilmu dan mesti tahu lebih dari anak murid.
6.       Ibu perlu mendidik diri secara berterusan.
7.       Ibu mesti ada hubungan berterusan dengan Allah. Ibu perlu menilai solatnya, zakatnya dan lain-lain. Nilai dari aspek kualiti bukannya kuantiti.
8.       Dalam menghadapi anak-anak yang bermasalah, ibu haruslah bersabar kerana dengan sabar, hati akan jadi tenang. Bila hati tenang, kita akan dapat berfikiran dengan waras. Selepas itu kita solat pohon petunjuk dari Allah.

9.       Ibu-ibu jangan membebel kerana ia membuatkan anak-anak fed-up, boring & menyampah.
10.   Untuk ubah manusia, perlu ambil masa.
11.   Ibu-ibu jangan fokus hasil tetapi fokus pada usaha anak-anak.
12.   Kesimpulan : Ada 4 jenis ibu :
a.       Ibu fizikal – ibu yang hendakkan anak sentiasa member hadiah, penghargaan kepada kepadanya.
b.      Ibu emosi – ibu yang sering menuntu anak-anak mengambil hatinya sedangkan dia tidak mengambil hati anaknya.
c.       Ibu intelek  - ibu yang hendakkan anaknya pandai belajar, anak-anak yang kurang pandai dia tak saying
d.      Ibu spiritual – ibu yang tidak kisah apa yang anak dia beri pada dia kerana merasakan adalah tanggungjawabnya mendidik anak  dengan sempurna. Dia kisah apa yang Allah nilai dia sama  ada dia berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ibu atau tidak.

 

Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim